Anak Demam Virus On Off Lebih Seminggu, Apa Nak Buat?

Rasa tak keruan bila start 1 syawal anak demam on off. Tentu sekali bila anak kecil yang demam, mak ayah yang tak boleh lena.

Tuala basah, spray, bam baby sentiasa di sisi. Penuh handbag AV raya kali ini. hihi

mus’ab pun ikut si abang, dah segan nak tanggal semua. sekurang-kurangnya seluar mesti pakai.

 

Sebut raya semestinya jumpa sanak saudara, rakan dan taulan. Menghadap mereka pun agak mencabar apatah lagi bila lihat AV spray kepala anak, tanggalkan baju sambil lap badan mereka ada yang bertanya.

‘Demam ke?’

‘Berapa lama?’

Tak kurang juga yang kongsi bermacam tips turunkan suhu anak demam dengan AV. Syukur dikurnia keluarga yang penyayang dan prihatin.

Dalam tempoh seminggu tu ada 2x AV berjumpa doktor berlainan klinik untuk mendapatkan nasihat kesihatan.

Doktor maklumkan yang Fateh mempunyai kahak yang banyak. Ia boleh dikeluarkan melalui najis atau muntah.

Jadi kami dapatkan ubat bontot sahaja selebihnya usaha dengan cara semulajadi seperti :-

  • Mandikan dengan air limau/ air lemon
  • Bukakan baju dan basahkan badan sentiasa
  • Sapukan bam baby di dada, hidung dan bawah tapak kaki
  • Berikan air barli untuk sejukkan badan
  • Berikan air tenaga dan air lawas untuk mudahkan proses pembuangan
  • Tepuk belakang (teknik percussion) supaya anak mudah muntah
  • Double up pengambilan air tapis
  • Berikan madu kelulut
  • Sarankan mereka kerap kencing dan tukar pampers

Bagi AV biarlah ambil masa lama asalkan demam berjangkit ini tidak berulang. Alhamdulillah anak-anak AV jarang demam. Dalam 6 bulan adalah sekali.

 

***

Apakah Dia Demam Virus? Apa Bezanya Dengan Demam Biasa?

Dalam biasa yang mudah, demam Virus adalah demam yang di sebabkan oleh jangkitan virus. Ia dikaitkan dengan ketinggian demam pada suhu badan yang tinggi. Demam virus biasanya akan pulih dalam masa beberapa hari, namun ianya bergantung pada jenis virus yang menyerang. Antara simptom- simptom demam virus ialah seperti demam yang tinggi, keletihan melampau, sakit otot, sakit tekak, kerap batuk, mata merah, sakit kepala, sakit sendi, ruam, cirit birit serta hidung berair.

Punca utama demam ini terjadi biasanya apabila seseorang yang sihat terdedah secara langsung kepada virus tersebut melalui udara atau makanan dan minuman yang telah dicemari virus. Sebagai contoh katakan ada ahli keluarga yang kurang sihat, kita juga mungkin terdedah kepada virus ini.

 

***

bila demam mulai kebah sedikit

 

Ya, teringat kebetulan masa anak-anak mulai kena demam apabila bersesak semasa membeli belah di GM Klang.

Esok dari membeli belah tu Fateh tidur. Bangun sahaja dari tidur terus suhu naik mendadak. Mus’ab pula berjangkit dari abangnya pada hari ke-3 abangnya demam.

Alhamdulillah demam virus ini tidak berjangkit pada kami suami isteri. Cuma rasa berat kepala dan tak sedap tekak sedikit sebanyak ada. Kami tidak memilih ambil ubat tahan sakit, sebaliknya kami hanya UP dos immune booster dari Dr Kojimavitamin c sustained release dan minyak ikan (untuk kurangkan radang).

Keesokan hari lega, boleh sambung beraya.

Cuma Fateh nampak ketara. Dari aktif dan suka bercakap jadi sangat pasif masa dijangkiti demam virus ini. Walaupun dia tiada selera kami tetap paksa dia makan untuk tenaga. Baru 2-3 suap katanya penat nak tidur sambil minta bantal walau di rumah orang.

Padahal dia sangat payah nak suruh tidur, asyik ingin bermain 😀

 

***

Mujur seminggu lebih penuh dugaan beraya. Walau demam takkan beraya di rumah sahaja kan, kami tetap bawa anak-anak berjumpa sambil berkenalan dengan sanak saudara.

Mungkin sebab itu jugalah mereka lambat kebah berbanding demam sebelum ini.

Doakan moga mereka kembali ceria dan terus aktif ya!

 

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

One thought on “Anak Demam Virus On Off Lebih Seminggu, Apa Nak Buat?

Leave a Comment

CommentLuv badge