Anak Kerap Batuk, Demam dan Selsema, Apa Ibu Ayah Perlu lakukan?

Tentu ibu ayah tak selesa bila anak sering dilanda batuk demam yang berpanjangan. Lebih parah lagi batuk yang diselangi dengan muntah.

Akak ntah berapa kali sebut kat abang,

biar lah membuang, jangan muntah. Tak tahan baunya yang masam..

Tapi sebenarnya.. bagus budak tu muntahkan dari simpan kahak di dalam badan. Cuma yelah budak mana tahu nak muntah dimana. Bila masanya datang tanpa diduga terus keluar macam lahar gunung berapi.

Punca Demam, Batuk dan Selsema

anak batuk, demam dan selsema

Bila kita diduga anak kerap batuk ni kena cek puncanya dahulu. Adakah sebab dari cuaca yang terlalu panas dan udara yang berhabuk? atau Adakah sebab anak kita ada athma, tidak tahan minum ais? atau Adakah dia berjangkit dengan kawan-kawan di taska?

Jika kita ketahui puncanya lebih mudah kita nak diagnos apa yang perlu dilakukan. Contoh jika benar anak athma, boleh elakkan minum ais dan pasang air-cond sewaktu tidur.

Apa yang Ibu Ayah perlu lakukan?

Banyak cara atasi masalah ini. Ingat lagi semasa Alfateh demam sepakej dengan batuk selesema 4 bulan lepas, semua cara akak cuba. Asalkan suhu badan dapat turun, tidak naik mendadak.

Alhamdulillah setakat ni kalau Alfateh demam ia berpunca dari tumbuh gigi. Itulah yang paling lama, sebab sekaligus 4 batang gigi geraham tumbuh. Meleleh air liur dia.. makan pun tak lalu bila sakit nak mengunyah. Jadi dia kerap minum susu je dan of course lah bila budak demam, mereka lebih kuat ngempeng.

Nak larang pun kesian, sebab dia tengah sakit. Tu je cara nak pampered dia.

Cara Rawat Anak Demam, Batuk dan Selsema tanpa Ubat

Adakala datang batuk dan selsema je, tak demam. Tengoklah keadaan anak kita. Tapi yang akak cadang ni sesuai untuk semua. Boleh je cuba semua atau pilih mana yang sesuai.

  1. Kalau demam perkara pertama sekali kena jaga suhu badan, jangan sampai naik mendadak takut kena sawan tarik.
  2. Tanggalkan baju, dan sentiasa tuam keseluruhan badan. Selalu akak bancuh air dengan basicH. Kalau takde boleh bancuh dengan asam jawa.
  3. Beri dia minum air masak lebih kerap. Kalau bawah 6 bulan, nyusu badan lebih kerap sebab haba panas boleh turun melalui air kencing.
  4. Kerap tukarkan pampers.
  5. Jika diselangi batuk dan selesema boleh buat Teknik Steaming. Masak air letak dalam besen, letak bawang putih yang dah bakar dan tumbuk, pegang dan terbalikkan dia sambil buat tepukan percussion di belakang badan. (yang ni cara paling Alfateh tak gemar, meronta yaAllah teruk kita tak tahan nak angkat tapi berkesan juga bila tekniknya betul)

    teknik steaming untuk keluarkan kahak anak

    Foto pinjam dari blog mamaadra

  6. Buat garlic sock. Ini kawan akak yang ajar, setakat ni belum pernah cuba. Bakar bawang putih, tumbuk dan letak dalam stokin. Pakaikan stokin tu sewaktu anak tidur.

    garlic sock

    Foto pinjam dari blog Mizdeeni

  7. Beri minum air madu. Kalau anak bawah setahun tak berapa digalakkan minum direct takut anak tak tahan terlalu panas.
  8. Kerap sapukan vicks di dada, belakang dada dan sekitar hidung. Biar dia boleh bernafas bila ada bau mint.
  9. Sedut hidung. Ibu ayah biasa gunakan penyedut hingus tu kan.. tapi akak tak. Sedut sendiri pakai mulut macam sedut siput sedut. hehe. Memang agak geli tapi memang berkesan. Buat pada bayi lebih bagus, dorang tak sakit.
  10. Kalau kes sama macam Alfateh, bila batuk je, muntah. Tinggikan bantal masa tidur atau tidurkan dia meniarap. Kain lap ready je ye sebelah. Sebab kadang waktu tidur pun boleh batuk termuntah.
  11. Dan akhir sekali perkara wajib, akak sendiri ambil vitamin c dan omega guard lebih waktu ni. Inilah specialnya jadi ibu menyusu, apa yang kita makan anak dapat manfaatnya 🙂 Kalau anak lebih setahun boleh beri makan direct.

Mesti ramai tertanya-tanya tak pergi klinik ke? Selalunya jika berlarutan demam batuk lebih 3 hari kami akan pergi juga. Tapi hanya untuk dapatkan nasihat dan ketahui keadaan anak.

Bukan anti ubat, cuma sifat ubat ni lebih kuat. Dan ia merawat apa yang sakit tapi tidak merawat puncanya. Malah doktor juga tak suggest pengambilan ubat anak bawah setahun.

Kecuali, haa mesti ada kecuali juga. Kecuali kes-kes kronik. Contoh memang lahir ada masalah kesihatan yang perlukan follow up dan sebagainya. Buatlah pemeriksaan segera.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT?

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

5 thoughts on “Anak Kerap Batuk, Demam dan Selsema, Apa Ibu Ayah Perlu lakukan?

  1. bagus lah akak ni.anak saya ni batuk 2,selesema berpanjangan.selesema tu dari satu bulan sampai lapan tahun tak sembuh2.nanti kak cuba dulu rawatan yang akak buat

Leave a Comment

CommentLuv badge