Apa itu Epidural? Kelebihan dan keburukannya

Semakin dekat dengan tarikh due, kerisauan pasti datang pada ibu yang ingin melahirkan. Pastinya bersalin itu sakit tapi bagaimana sakitnya? Sebab lain orang, lain rezkinya. Ada orang cakap macam kena senggugut. Sekejap tapi terkesan, manakala ada yang menahan sakit contraction hingga 2-3 hari lamanya.

Biasa dengar Epidural?

Apa itu Epidural?

Ramai dah memilih untuk mengambilnya. Epidural merupakan satu suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Ruang yang dimaksudkan itu adalah ‘ruang epidura’ iaitu dimana ia adalah di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda.

Epidural

Biasanya suntikan ini diberikan semasa alami contraction (bukaan serviks 4-5cm), suami isteri perlu berbincang dan jika setuju boleh tandatangani perjanjian. Dalam tempoh beberapa minit ke sejam (depends pada badan masing-masing), bius akan bertindak balas dan si ibu mula tidak merasakan langsung sebarang sakit contraction dari bahagian pinggang ke bawah.

Ada yang ibaratkan Epidural sebagai ‘Syurga di dalam Labour Room’. Walaupun saraf dikebaskan namun saraf otot masih lagi berfungsi supaya ibu dapat meneran sewaktu melahirkan. Bayangkan seperti ada orang pegang peha kita, rasa disentuh tapi tidak merasai tekanannya.

Posisi Ketika Disuntik

posisi-epidural

Posisi terbaiklah adalah si ibu diminta duduk membongkok atau baring mengiring bagi meregangkan ruas-ruas tulang belakang dengan tujuan memudahkan suntikan kena tepat pada ruang Epidura sambil mengurangkan risiko leakage atau masalah lain.

Jangan risau, suntikan ini biasa diberi oleh doktor yang bertauliah sahaja. Sebelum disuntik, tekanan darah, kondisi ibu dan sebagainya perlu diambil kira.

Mengikut kajian American Pregnancy , 50% ibu bersalin memilih untuk mengambil Epidural. Tentu ada baik dan buruknya.

Kebaikan Epidural

  1. Ibu dapat berehat lebih lama dan tenang sewaktu contraction dan menumpukan perhatian kepada proses bersalin.
  2. Memberi pengalaman baik pada ibu yang pernah hadapi trauma sakit contraction pada kelahiran lepas.
  3. Jika bersalin ceaser, epidural membolehkan ibu berjaga sepanjang kelahiran.

Keburukan Epidural

  1. Ia boleh menyebabkan tekanan darah jatuh secara tiba-tiba dan bantuan oksigen akan diberi.
  2. Kurang dari 1% dari ibu yang diberi suntikan akan merasa pening yang teruk dan untuk mengurangkannya, doktor akan beri suntikan lain. Proses ini dipanggil ‘blood patch’.
  3. Bila suntikan itu bertindak, adakalanya contraction akan menjadi slow dan ada yang terus berhenti. Jadi ibu langsung tak rasa nak bersalin hingga terpaksa meminta bantuan forsep/ vacuum atau ceaser bagi menyambung proses bersalin.

Kos Epidural

Harga suntikan mungkin berbeza mengikut hospital. Mengikut cerita blogger farah waktu zamannya bersalin tahun 2010 di Hospital Swasta dalam RM800. Tapi waktu akak bersalin di Pusat Pakar Bersalin tahun 2013 kosnya dalam RM400 sahaja. (Camna akak tahu? terang benderang tampal di dalam labour room. hehe)

Alhamdulillah rezki akak bersalin normal tanpa epidural.

Apapun terpulang pada kemampuan dan persetujuan perbincangan antara kita suami isteri dengan nasihat Doktor Pakar O&G. Mudah-mudahan proses bersalin berjalan lancar dan dua-dua ibu dan anak selamat 🙂

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

7 thoughts on “Apa itu Epidural? Kelebihan dan keburukannya

  1. Saya melakukan epidural injection kerana sakit belakang yang amat sangat tapi berlaku sebelum saya berkahwin. Apakah peratus untuk saya mengandung masih tinggi?

Leave a Comment

CommentLuv badge