Bagaimana Nak Kenal Impetigo Atau Sakit Kulit Lain?

Hari ni akak nak bercerita pasal penyakit impetigo. Akak pun baru je dengar tentang penyakit ni dan mulalah cari beberapa sumber.

 

Impetigo adalah sejenis penyakit kulit yang senang berjangkit. Ia biasanya di alami oleh kanak-kanak dan bayi di bahagian muka, leher dan tangan.

 

Impetigo sangat jarang terkena pada orang dewasa.

Impetigo terjadi disebabkan oleh dua bakteria iaitu

  • Pyogenese Streptococcus
  • Staphylococcus Aureus

 

Dua jenis bakteria ini adalah berbeza dari segi cara merawatnya. Untuk pengetahuan, Impetigo ada 3 jenis iaitu:

  • Impetigo Contagiosa
    Impetigo jenis ini adalah dimana wujudnya  keropeng atau luka berwarna merah pada wajah dan ia biasanya nampak di bahagian nulut dan hidung. Ia nya biasa di alami oleh kanak-kanak yang berusia 2-5 tahun kerana sistem imun anak yang belum kuat.
    .
  • Bullous Impetigo
    Jenis impetigo ini muncul di bahagian tengah badan antara pinggang dan leher atau boleh juga terjadi pada lengan. Jenis ini banyak menyerang kanak-kanak bawah usia 2 tahun.
    .
  • Ecthyma
    Jenis impetigo yang dapat menyerang kulit dermis. Luka yang dialami akan terasa sakit, memiliki cairan atau bernanah.

 

  • ­Muncul dan meninggalkan kerak kuning
  • Melepuh dan berisi cecair
  • Ruam dan gatal
  • Luka-luka pada kulit
  • Nodus limfa bengkak

Punca Sakit Impetigo

Impetigo terjadi apabila terdapat dua jenis bakteria tadi menjangkiti kulit. Ia boleh berlaku dalam beberapa cara:

  • Bersentuhan dengan individu yang dijangkiti
  • Menyentuh barang kepunyaan individu yang mengalami jangkitan impetigo
  • Kecederaan kepada kulit
  • Gigitan serangga
  • Gigitan haiwan

Langkah Mencegah Impetigo

Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam mencegah penyakit Impetigo. Jika kanak-kanak sudah terkena jangkitan Impetigo, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi mencegah penyakit ini teru merebak, antaranya:

  • Menggunakan sabun antibakteris untuk mencuci tangan
  • Menggunakan tuala yang bersih atau kertas tisu untuk mengeringkan badan
  • Membasuh pakaian mereka yang dijangkiti impetigo dengan air panas bagi menghapuskan bakteria
  • Rumah sentiasa dibersihkan dan menggunakan pencuci antibakteris
  • Memastikan kuku pendek
  • Elakkan ke sekolah atau pusat asuhan jika mengalami impetigo
  • Tidak berkongsi barangan dengan orang lain

Rawatan Untuk Penyakit Impetigo

Rawatan untuk penyakit ini diberikan mengikut jenis impetigo yang dialami. Kebiasaanya doktor akan berikan ubat sapu atau antibiotik sahaja.

 

Tapi kini ramai yang takut mengambil steroid dan lebih memilih pada pengambilan semulajadi. Jika begitu akak syorkan vitamin c untuk kanak-kanak dan nutriferon (serbuk buahan) bagi meningkatkan daya tubuh.

 

Bila imun badan kuat, barulah dapat lawan bakteria yang sedang menyerang. 🙂

Setuju?

WhatsApp akak 0183176090 untuk tempahan

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

4 thoughts on “Bagaimana Nak Kenal Impetigo Atau Sakit Kulit Lain?

Leave a Comment

CommentLuv badge