Benarkah Virus Penyebab Sakit Tonsil?

Beberapa tahun lepas ibu pernah disahkan tonsil. Kalau perasan di kawasan tekak ada benjol dan ia makin terasa membuatkan orang yang sakit tonsil berasa susah nak telan makanan.

 

Bukan itu sahaja, di waktu biasa ibu rasa perit di tekak hinggakan nak bercakap pun rasa sakit. Pada masa itu ingatkan ia hanya benjolan biasa seperti sesetengah orang rasa ketika demam.

 

Tapi makin lama makin membesar dan sangat jelas. Ibu terus bawa ayah berjumpa doktor pakar untuk mengesahkan benjolan di tekak ibu. Hospital yang pertama cadang terus bedah tapi risikonya 50-50. Takut juga jadi kami sekeluarga cadang untuk menerima second opinion dari hospital lain.

 

Alhamdulillah ibu tak jadi operate setelah mengambil ubat untuk kecutkan tonsil. Baru-baru ni anak kepada client takaful suami saya pun sama, cuma dia masih bayi. Jadi sakit tonsil tak kira umur, ia boleh menyerang siapa sahaja.

 

Lebih kurang sama seperti punca sakit batu kering yang akak kongsikan di entri sebelum ini. Ia boleh menyerang siapapun yang mempunyai daya tahan badan yang lemah.

 

Apa itu tonsil?

Mengikut pembacaan akak di healthline.com, tonsil adalah dua nod limfa yang terletak di setiap bahagian belakang tekak anda. Mereka berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama. Merekalah yang menghalang tubuh daripada jangkitan. Apabila tonsil dijangkiti, ia dipanggil tonsillitis.

 

Menurut American of Family Physicians (AAFP), dianggarkan 15 hingga 30 peratus kes sakit tonsil disebabkan oleh bakteria.

 

Tak salah lagi bakteria penyebab sakit tonsil. Dengan mata kasar memang takkan nampak bakteria dan virus, jadi macamana nak lawan? Diri kita sendirilah yang kena cegah.

 

Pertahanan badan kena kuat barulah apa sahaja pun bakteria dapat dicegah dan dilawan. Ye kan? Ya itu lah secara praktikalnya.

 

Tapi seperti kita tahu, makin dewasa pertahanan badan pun makin lemah. Apa tidaknya, kesan dari pengambilan steroid atau ubat-ubatan sendiri yang akan membuatkan badan lemah.

 

Perasan tak bila kita ambil panadol semasa sakit kepala? Pada mulanya ambil sebji je pun, badan tumbang hilang terus sakit kepala. Tapi jika sakit kepala berulang, makan 2 biji baru lut dan seterusnya.

 

Alhamdulillah sekarang kami sekeluarga jarang dah telan steroid. Ya, bukan tidak perlu tapi mungkin ia pilihan terakhir. Sebolehnya kami amalkan pengambilan vitamin c.

 

Untuk yang sudah berusaha dan sedang melawan sakit tonsil ini, boleh ambil vitamin sirap merah. Kandungannya lebih 10x ganda lebih hebat dari resveratrol dan ia sangat kaya dengan antioksidan melawan bakteria.

 

Boleh lihat sendiri secara saintifik bagaimana sirap merah ini melindungi sel-sel kita dari rosak dan menggalakkan penumbuhan sel yang lebih sihat.

 

Moga artikel ini membantu ramai pesakit tonsil di luar sana, insyaAllah 🙂

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

One thought on “Benarkah Virus Penyebab Sakit Tonsil?

Leave a Comment

CommentLuv badge