Bontot Kematu dek travel jauh

tips travel jauh

Sempena musim cuti sekolah ni, ramai ibu bapa yang sudah rancang percutian tak kira di dalam dan di luar negara. Bagi akak pula, cuti sekolah kali ini akak spend sebulan untuk jaga adik akak berpantang di klang. Syok sangat bila jadi shaklee distributor ni, nak keja kat mana-mana ikut suka boleh sangat. Online system kan ada, berbiznes tanpa keluar rumah? Itu bisa!

Bila travel jauh ni kita terbuka pada cabaran bontot kematu. Johor Bahru ke Klang ambil masa dalam 4 hingga 5 jam, jika langsung tak berhenti, alamatnya keras punggung. Tambah pula jika ada kemalangan, dari 5 jam boleh drag ke 7 jam. Musim perayaan apatah lagi, pernah cecah 9 jam! Kalau orang yang duduk di penang tapi kampung di Johor Bahru, anda rasa macamana?

Tips Travel Jauh:

1. Rancang masa perjalanan

Ikuti perkembangan keadaan lalu lintas melalui radio atau tv. Untuk maklumat info trafik up-to-date boleh call talian plusline 1-800-88-000 atau 03-76664146 & 03- 76664149.

2. Bawa bekalan yang cukup

Selain baju, perkakas mandi, pampers, jangan lupa sediakan sekali makanan, air, dan vitamin. Kalau mak-mak kita memang rajin betul sediakan bekal. Nanti sampai di RnR duduk  di pangkin dan makal bekal yang dibawa. Sangat jimat terutamanya untuk keluarga besar.

3. Periksa kereta

periksa kereta sebelum travel

Point ketiga ni popular untuk suami khususnya. Pastikan kereta yang kita ingin gunakan sudah diservis supaya perjalanan lebih lancar dan selamat. Cek minyak hitam, air, tayar dan sebagainya berada dalam keadaan baik. Jangan lupa isi tangki full! Jammed gila atau sesat pun takdelah kita risau sangat.

4. Sedia alat kecemasan

Tayar spare selalunya memang dah tersedia di dalam kereta. Alat kecemasan disini merujuk kepada plastik atau kain lap. Lebih-lebih lagi jika kita bawa anak kecil dan orang tua. Ada antara mereka mabuk bila berada lama di dalam kereta terutama bila melalui jalan bengkang bengkok seperti laluan ke Cameron Highland.

Pada yang travel by plane, boleh seluk di poket seat hadapan kita. Selalunya ada disediakan bekas kertas recycle jika ingin termuntah. Baringkan sedikit seat supaya kepala kita dalam keadaan lebih relaks.

5. Bawa peta bersama

Sekarang zaman moden, tak perlu lipat peta lagi. On kan GPS di phone dan boleh search lokasi melaui Waze dan Google Map. Cuma sedikit kekurangan jika kawasan itu tiada coverage, memang naya! Terpaksa guna cara tradisional, tanyalah sesiapa yang kita jumpa sepanjang perjalanan. Jika kurang bernasib baik, kita akan bertambah sesat bila berjumpa dengan orang yang tak mahir dalam tunjuk arah, hati-hati :p

Bontot Kematu dek Travel Jauh

Duduk terlalu lama tanpa menukar posisi boleh menyebabkan cramp. Cramp atau kematu boleh dielak dengan meletakkan bantal lembut di sekitar punggung. Mengikut pengalaman sepupu yang berjalan jauh dari sarawak masuk sabah hanya dengan kereta, duduk disokong dengan bantal lebih tahan lama dan selesa berbanding dengan duduk tanpa bantal.

Untuk ibu menyusu, sekarang kan popular nursing pillow, boleh je gunakannya juga. Tengok ni macam posisi boleh guna.

cara guna nursing pillow sewaktu travel

Selain tu, boleh kurangkan cramp sepanjang travel dengan berhenti sebentar di perhentian. Bagi yang beragama islam, berhenti untuk solat membantu darah berjalan lebih lancar sebab pergerakan di dalam solat lengkap dari kaki hingga ke atas.

Moga point yang akak kongsikan dapat membantu perjalanan anda lebih lancar. Berhati-hati di jalan raya dan jadilah pemandu cermat. 😉

Fenomena khatan anak lelaki ketika bayi

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

7 thoughts on “Bontot Kematu dek travel jauh

Leave a Comment

CommentLuv badge