Cara Elak Kulit Bercapuk Masa Pakai Bedak Akibat Kulit Kering Esktrem!

Huwaa ini akak paling tak suka. Teringin tengok orang pakai bedak, nak juga berbedak. Hingga ke sudah diri sendiri yang menyesal bila tengok muka bercapuk! Inilah dilema yang akak pernah lalui dulu.

Korang alami benda yang sama tak?

Jadi nak buat macamana?

 

Pertama, kenalah ambil tahu sebab apa kulit boleh bercapuk, ya semestinya salah satu sebab ialah akibat kulit kering.

 

Kulit kering boleh jadi di sebabkan banyak hal, antaranya:

  • Tak cukup minum air. Yang ni sangat ketara, bila kulit kita tak cukup air maka kekeringan tu akan nampak jelas. Takat optimum minum air bagi orang dewasa adalah 2-3liter sehari.
  • Faktor usia. Makin bertambah usia, maka kulit makin hilang kelembapan kerana hormon yang terlibat dalam mencantikkan kulit dah makin menurun. juga disebabkan kalenjar yang mengeluarkan minyak dah semakin kurang bekerja.
  • Ada diabetes dan masalah buah pinggang.
  • Ada ekzema yang menyebabkan kulit kering.
  • Kulit terlalu terdedah dengan cuaca ekstrem seperti terlalu panas dan terlalu sejuk.
  • Suka mandi air panas, ia juga boleh menyebabkan kulit kita kering tau.
  • Orang yang merokok pun boleh membuatkan kulit mereka kekeringan.
  • Sabun. MungkinĀ pencuci muka harian kita mengandungi bahan yang mengeringkan kulit.

 

Bagaimana Nak Dapat Kulit Moist dan Cantik?

  • Pakai pelembab walau dimana berada. Duduk dirumah pun kena rajin pakai.
  • Ambil suplemen atau vitamin yang boleh memberi kesan kelembapan pada kulit contohnya hyaluronic acids. Bahan ni boleh membuat kulit menjadi lembab.
  • Cari sabun, pencuci muka yang lebih bersifat semulajadi dan tidak mengandungi bahan terlarang.
  • Minum air secukupnya.
  • Ambil makanan yang kaya dengan antioksidan.
  • Kurangkan pendedahan secara direct pada matahari pada tempoh masa yang lama.
  • Ambil vitamin c kerana pengambilan vitamin c yang mencukupi boleh bantu badan menghasilkan 8x kolagen.
  • Kurangkan pengambilan gula berlebihan.

 

Banyak betul tips yang kita boleh gunapakai kan? Namun kali ni akak nak fokus sedikit tentang Hyaluronic acids ni.

 

Apakah ia Hyaluronic acids?

Ianya satu bahan cecair yang biasanya terdapat dalam mata dan sendi. Biasanya orang ambil ini juga bukan sekadar untuk kecantikan kulit malah ia bagus untuk masalah sakit sendi.

 

Kegunaan lain hyaluronic acids adalah untuk bantu percepatkan pemulihan parut, kesan terbakar mahupun sebagai pelembap.

 

Mana Nak Dapatkan Cecair Hyaluronic Acids?

Dalam kolagen shaklee ada. Tapi ia bukanlah diambil sampel dari mata atau sendi manusia ya!

Ia dibentuk semulajadi dari gabungan kandungan bahan yang terdapat dalam kolagen shaklee.

Ekstrak Pfaffia & Ekstrak biji Camilia Japonica

Pfaffia dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilia Japonica, ia membantu formasi kolagen dan hyaluronic acids.

Dengan kemampuan luar biasa mengikut kuantiti air yang banyak.

Sebab itulah kulit boleh menjadi lembab.

Hyaluronic acid yang terhasil mainkan peranan dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembab dan licin.

 

Kandungan istimewa lain dalam kolagen shaklee boleh tengok sini >>

 

Mari kita lihat sendiri hasil mereka yang sudah mencubanya.

tak pakai foundation dah cantik!

 

wow kesan pantas hanya dengan 5 sachet dah nampak perubahan!

 

jerawat hilang tanpa meninggalkan kesan, bestnya!

 

Tak salah nak mencuba, ia lebih baik dari bermekap tebal dan kesudahannya mekap bercapuk dan retak 1000, baiklah rawat dari dalam dulu. Ini pendapat akak la. Pendapat anda mungkin berbeza.

Jika berminat boleh contact akak hanya tekan link ni >> Saya Nak Beli Kolagen.

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

Leave a Comment

CommentLuv badge