Cara Mudah Nak Personalize Link WhatsApp Supaya Nampak Lebih Korporat

Zaman makin canggih manggih ada je idea terbaru supaya nak memudahkan kita sebagai online seller mahupun online purchaser.

Jika dahulunya customer hendaklah save no kita di phonebook mereka barulah dapat whatsApp kita kan?

Itupun bila line slow nombor kita tak masuk-masuk. Takut customer fed-up terus tak jadi order ye tak. Padahal dia lupa tekan butang ‘refresh’ untuk update contact di whatsApp!

Nak memudahkan cara, kita boleh letakkan ‘wasap.my/6’ di hadapan nombor kita. Contoh nombor akak 0183176090, ia akan jadi seperti ini:

wasap.my/60183176090

Cuba tekan. Dengan hanya sekali tekan ia akan terus masuk dalam chat whatsApp kita. Tanpa perlu save nombor kita pun.

Cara terbaharu ni pula, kita boleh personalize kan lagi link whatsApp kita dengan jadi seperti ini:

nakvivixsekarang.wasap.my

Jadi bila customer tekan, kita sebagai online seller dah tahu dah yang dia berminat nak beli vitamin shaklee yang mana. Ye, customer nak beli vivix!

Cara mudah sahaja.

  1. Masuk website ini >> manage.wasap.my 
  2. Register percuma 
  3. Login semula dan tekan ‘Add Link’ Button dan masukkan butiran seperti di bawah
  4. Siap! dan boleh digunakan.

Mudah kan?

Selamat Mencuba 😉

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

Leave a Comment

CommentLuv badge