Ciri-ciri Hebat Omega Guard Shaklee

Sambil update entri sambil tersenyum-senyum akak. yelah menulis tentang benda yang akak cinta, siapa tak excited kan? 🙂 pernah sebelum ni akak share tentang kebaikan Omega Guard kepada anak, kepada pesakit darah tinggi, kepada pesakit jantung, kepada pesakit lelah, kepada pesakit obes dan banyak lagi, jemput tekan link yang akak dah highlight.

 ciri-ciri omega guard shaklee

Seperti yang ramai tahu vitamin Shaklee berasal dari bahan semulajadi, sebagai contoh Alfalfa Complex berasal dari daun Alfalfa, Vivix berasal dari Anggur Muskad dan lain-lain vitamin juga. Omega Guard Shaklee pula berasal dari minyak ikan laut dalam. Berhati-hati! bukan dari minyak ‘hati’ ikan ye seperti yang melambak di farmasi atau kedai jamu tu. Cek betul-betul kandungan vitamin apa yang ada laburkan.

7 Ciri-ciri Hebat Omega Guard Shaklee yang wajib anda tahu sebelum membelinya:

omega guard

 

1) Diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2) Semestinya tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3) Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4) Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5) 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg Omega 3, EPA, DHA.

6) Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.

7) Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan propreitari 3 molukel untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.

Omega-Guard-Shaklee 1

Omega Guard Shaklee berwarna keemasan dan jernih. Baunya tidak sehanyir bau minyak ikan lain. Jika hidung anda seperti akak, tidak terlalu fokus pada bau-bauan, terus terang akak tak bau apa-apa pun ketika menelan softgel Omega Guard ni.

Siapa yang boleh ambil Omega Guard?

~ Kanak-kanak

Bermula dari usia 1 tahun ke atas dah boleh consume Omega Guard ni sebenarnya cuma akak sendiri mengambil langkah selamat, biarlah anak mendapat khasiat minyak ikan ini dari ibunya. Bermakna, untuk ibu menyusu anak tak perlu ambil secara direct, ibunyalah yang patut mengambilnya.

~ Ibu hamil/ Ibu Berpantang

Mengikut Pakar Nutrisi, ibu hamil sangat disyorkan mengambil Omega Guard ni, bukan sahaja memberi kebaikan kepada pertumbuhan otak si kecil malah bantu mengawal berat ibu hamil dari naik mendadak.

Sebaiknya di ambil bermula dari Trimester I. Masuk Trimester ketiga dan 2 minggu sebelum bersalin, jika bakal ibu ada sejarah tumpah darah, dinasihatkan berhenti sebentar dan boleh menyambung makan semula semasa Fasa Berpantang.

~ Pesakit Darah Tinggi/ Hypertension/ Jantung

Ketiga-tiga penyakit ini ada kaitannya dengan kolestrol. Kita nak lemak baik sahaja, lemak jahat yang kita nak buang. Dengan pengambilan 2-3 biji sehari dapat merendahkan tahap kolestrol jahat (LDL) dan sekaligus meningkatkan tahap kolestrol baik (HDL). Dalam bahasa mudahnya, Omega Guard adalah agen pembakar lemak tegar 🙂

~ Wanita/ Lelaki Obesiti

Apa itu leptin?

Bagaimana Omega Guard membantu menurunkan berat badan? Ialah dengan bertindakbalas dengan hormon Leptin dimana bila hormon ini tinggi, ia akan menghantar isyarat pada otak untuk mengurangkan makan (rasa kenyang). (sumber)

Sebelum ni, hari-hari duk syok kat ESP, pagi shake ESP, malam kang shake lagi. hehe. Tapi kini ESP sarapan, sebelum tidur telan Omega Guard pula. Tak semestinya slim macam akak bacaan kolestrol bagus kan? Jadi dari awal akak dah cegah. Takut juga kolestrol tinggi, efek pada jantung. Jangan tak percaya, ramai muda mudi meninggal atas sebab jantung berhenti mengejut.

Pastinya kematian sudah ditetapkan Allah, siapa ada kuasa menghalangnya tapi kita juga tidak boleh berserah begitu sahaja. setuju?

 

 

promosi november omega guard

Promosi Omega Guard bakal berakhir 30 November 2014 ini Boleh kongsi bersama keluarga dan sahabat

 

 

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

10 thoughts on “Ciri-ciri Hebat Omega Guard Shaklee

Leave a Comment

CommentLuv badge