Demam Virus Adeno Menyerang Kanak-Kanak

Virus Adeno

Maksud virus adeno

Cerita ini diambil dari Facebook Page Malaysia! Networks. Dimuat naik penuh tanpa sebarang edit dari akak. Ditakuti salah berita dan elak dari tokok tambah

 

Ia kejadian sebenar berlaku,

 

Salam…, peringatan untuk yang ada anak kecil.!

Just nak share dgn cikgu dan parents classmate sofea. Cerita sy agak panjang sikit. Huhu.

Anak sy sofea start demam mula 20 Julai 2017. Memula pergi klinik mediveron putrajaya doktor declare demam sbb tonsil. Dah makan ubat 3 hari demam x kebah. Kemudian follow up klinik di seremban pula. Demam kebah lepas beberapa hari. Tapi demam semula pd 1 Ogos 2017 (Selasa). Baru cadang nak start class semula rabu tu. Tapi selasa demam makin tinggi hingga 39 darjah celsius. Terus bawa ke columbia asia hospital seremban. Check darah dan xray. Sofea doktor declare kena adenovirus. Dah merebak ke peparu dan agak teruk. Sebelum ni antibiotik dua botol x jalan dan x baik juga demam doktor kata sbb virus ni kuat.

Sofea warded dari 1/8/2017 sampai 5/8/2017. Kes ni sofea kena quarantine. Doktor pantau dan sepanjang warded suhu tak pernah turun. range antara 37 hingga 41 darjah celcius. Paling serius demam cecah 41 darjah celcius masa malam la dia kena tu. Mmg kena berjaga malam buat sponging. Ubat bontot mmg kerap kena kasi walaupun x elok. Doktor kata kena turunkan suhu dia juga. Kalau makin teruk kena hantar ke GH.

Alhamdulilah, 3/8/2017 demam dah kebab sikit dan baru la nampak angka 36 darjah celcius. Dah semakin baik keadaan sofea, sabtu 5/8/2017 dah boleh keluar hospital tapi masih kena quarantine di rumah. Hari ni 11/8/2017 follow up check up di columbia hospital, doktor declared sofea da sihat sepenuhnya dan mohon war war mengenai kes ni di taska. GH seremban dah amik keterangan sy sbb diaorg nak siasat selanjutnya. Virus ni takda mention dalam pekeliling utk cuti kuarantine so penjawat awam x layak la nak apply cuti kuarantine tu. 😅

Doktor bgtaw seminggu sebelum sofea warded ada seorang budak 4 tahun kena virus adeno ni jugak, tapi keadaan dia makin teruk. Makin penat. Dan kena transfer ke GH. Budak tu getting worst dan meninggal. Berderau darah dgr doktor bgtaw td dan dia x mention pasai kes bdk meninggal tu masa sofea warded maybe tanak sy meroyan. Huhu.

Punca virus ni doktor kata environment dan kebersihan la. Sepanjang tahun ni sy sekeluarga takda pergi oversea ke melancong luar negara. So tak
Pasti la spesifik tempat punca dapat virus ni. Di negeri sembilan ada 6 kes adeno virus ni masa
Sofea warded. 5 di GH dan 1 di columbia asia hospital iaitu sofea 😔

Sy just nak share experience ni dengan cikgu dan parents. Kalau anak anak punyai simptom demam on off on off. Bawak segera jumpa
Doktor pakar terus. Adeno virus takda ubat dan doctor kata it is a nasty virus dan boleh bawa maut. Nauzubillah 😞

Sofea inshaAllah kembali semula ke skool isnin ni walaupun dah jangka mesti liat nak pi skool lama sangat da cuti sakit. Huhu 😂

Maaf panjang pulak ceritanya. Tapi ikhlas dan mmg nak share dengan semua. 🦋

**********
Dari : syafiqah

 

Akak share sini sebab teringat raya syawal tahun ini (2017) mus’ab dan alfateh pun pernah diuji demam virus. Cuma kami hanya refer 2-3 klinik jadi tadi tak dapat tentukan jenis virus apa.

Rasa risau adakah ini virus yang sama.

Menurut doktor demam virus memang tiada ubat, jadi kami hanya boost immune anak-anak. Cerita lanjut akak ada kongsi di sini >> Anak demam on off, apa perlu lakukan?

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

4 thoughts on “Demam Virus Adeno Menyerang Kanak-Kanak

Leave a Comment

CommentLuv badge