Kenapa Vivix Digelar Vitamin World Class No 1?

Vivix.

vivix shaklee 1

Namanya sahaja dah boleh menarik minat orang untuk kenal lebih rapat. Bukan takat catchy bila disebut, malah menjadi rebutan pada orang yang ‘terpaksa’ perlukannya.

Vivix adalah vitamin paling premium yang sudah dipatenkan hasil keluaran Shaklee, malah ada juga yang memanggil Vivix sebagai Tonik Ajaib.

Dan setiap kali hadapi penyakit kronik, vivix lah vitamin pertama yang akak akan cadangkan. Penyakit kronik disini merujuk kepada Kanser, Stroke, SLE, Kayap, Penyakit 3 serangkai, Slipped Disc, Buah Pinggang dan Jantung.

 

Badan Ibarat Sebatang Rod Besi

Seperti yang pernah akak kongsikan di entri sebelum ini, setiap hari badan kita melalui proses pengoksidaan. Terutama bila menerima makanan tinggi karbohidrat. Suka tak suka, nasi putih antara salah satu daripadanya.

Bila gula dan protein bergabung, ia akan menyebabkan AGE atau saintifiknya Advanced Glycation End Product. Ia adalah situasi dimana sebatian hasil dari makanan tadi ‘mengeras’ justeru melemahkan daya penyerapan pada badan dan boleh jadi ia memberatkan buah pinggang.

Analogi mudah, andaikan kita sebagai rod besi. Terkena hujan panas, hujan panas. Tentu sekali cepat je karat dan akhirnya, jika dibiarkan tanpa lapisan pelindung mudah sahaja rosak dan tidak berguna.

 

Kenapa Vivix Digelar Vitamin World Class No 1?

 

Tentulah disebabkan kehebatan ramuan dan keistimewaannya yang membuatkan Vivix vitamin premium No 1.

 

Bukan akak yang gelar ye, para saintis dunia dan doktor bertauliah yang syorkan.

testimoni saintis guna shaklee

 

Vivix adalah minuman botanik yang mengandungi 4 bahan semulajadi; Anggur Muskadin, Polyganum Cuspidatum, Elderberry dan Lobak Ungu.

Jom akak kenalkan adik beradik ni satu persatu.

 

Anggur Muskadin

anggur muskadin 1

Jangan terkejut, sebiji anggur muskadin adalah sebesar bola golf. Keistimewaan Anggur Muskadin adalah:

  • Kaya dengan fiber. Fiber diperlukan untuk memudahkan penghadaman. 1 biji anggur muskadin bersamaan 5x lebih fiber. Maka ia sangat sesuai di ambil oleh pesakit buasir.
  • Nilai kalori yang lebih rendah. Orang berdiet pasti suka.
  • Tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas. Elok sangat untuk kawal sel-sel yang dah terpecah bebas cari pasangannya tu.
  • Mengandungi allergic acid dimana ia dipercayai dapat menghalang sel kanser dari merebak (sumber: American Institute of Cancer Research).
  • Ia juga mengandungi 2x Vitamin C berbanding anggur biasa.

Malangnya anggur muskadin ni jarang didapati di Malaysia, kata orang kalau di luar negara 100g saja dah cecah ratusan dolar.

 

Polyganum Cuspidatum

Japanese Knotweed (Polygonum cuspidatum)

Ia juga dikenali sebagai Japanese Knotweed. Menurut kepercayaan cina, tumbuhan ini digunakan untuk merawat penyakit bronkitis, jaundis, tekanan darah, jantung dan juga masalah haid yang tak datang.

  • IBU KEPADA RESVERATROL. >> Apa itu Resveratrol? Dimana ia juga adalah agen antioksidan yang melawan radikal bebas. Istimewanya lagi resveratrol ini bersifat anti kulat, anti radang, akti bakteria, anti viral. Banyak betul anti nya. hehe
  • Agen Pelambat Penuaan. Resveratrol yang terdapat dalamnya mengaktifkan agen pelindung sel sambil repair sel sehingga menembusi DNA. Tak hairanlah pengamal Vivix nampak 10 tahun lebih mudah dari usia. 😉
  • Sangat berguna untuk lelaki mati pucuk di mana berpunca dari salur darah yang sempit ataupun tersumbat.
  • Memberi tenaga pada sel. Untuk kesuburan perempuan pula, bila sel bertenaga, telur (ovum) berupaya berpecah (split) dengan jayanya. Sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil.
  • Meningkatkan metabolisme badan. Tidak sia-sialah ambil set kurus, bila tinggi metabolisme, lebih cepatlah nampak hasilnya!

 

Elderberry

elderberry

Kenapa tak guna je blueberry? cranberries? Tentu elderberry lebih hebat. Ia mengandungi flavonoid. Biasanya ia bermanfaat untuk mengawal keradangan (inflammation). Seperti pesakit gout, bila kaki membengkak tuhan sahaja yang tau betapa sakitnya. Rasa berdenyut naik terus ke otak.

  • Bagus untuk demam, batuk, badan lesu. Ia boleh mengurangkan 50% dari simptom yang datang. InsyaAllah terus tak jadi demam.
  • Berupaya meningkatkan sistem imun.
  • Menurut kajian yang dilaporkan dalam The Journal of International Medical Research, pesakit selesema yang diberikan Jus Elderberry sembuh dalam 3 hari berbanding makan ubat biasa sembuh dalam 7 hari.
  • Merangsang pengeluaran cytokins di mana adalah salah satu protein yang mengawal tindakbalas sistem imun kepada penyakit dan jangkitan.

 

 

Lobak Ungu

Khasiat lobak ungu pun tak kurang hebatnya.

purple carrot

  • Mengandungi tinggi antocianin. Antocianin adalah pigment yang membuatkan lobak ni berwarna ungu. Mudah cerita, kandungan antioksidannya lebih tinggi berbanding lobak oren.
  • Seperti anggur muskadian, lobak ini juga mengandungi kalori rendah, kaya fiber, vitamin K, vitamin C dan potassium.
  • Ianya adalah anti carcinogen atau bahasa mudahnya agen anti-kanser. Kajian dari Department of Nutrition & Food Science at University of Maryland mendapati antocianin tadi berupaya menghalang sel kanser dari tumbuh.
  • Sangat bagus untuk pesakit sendi (Rheumatiod Arhtritis) yang berupaya mengurangkan bengkak.
  • Bagus untuk mata.
  • Merendahkan kolestrol jahat di dalam badan.
  • Bermanfaat untuk pesakit kencing manis. Bagaimana? Pesakit kencing manis biasanya bermasalah mengalami kerosakan pada pembuluh darah. Bila rosak teruk, ia menyebabkan kandungan gula dalam darah pun naik. Antocianin ni lah yang datang perbaiki, menguatkan dan melancarkan saluran darah.

 

Tak salah lagilah kenapa panggilan Tonik Ajaib dikenakan pada Vivix, bukan? 😉 Manfaat keempat-empat bahan mahal dunia ada terkandung di dalam Vivix. Dan pastinya ia bukan sahaja buat di kilang biasa dan cop brand Shaklee. Tidak, ia dikeluarkan dari lab shaklee sendiri di bawah pantauan Saintis bergred farmeseutikal.

 

Masih muda dan sihat, boleh ke ambil Vivix?

Boleh malah sangat bagus. Yelah macam kita ambil vitamin c untuk kuatkan antibodi, cuma kali ini kita ambil Vivix. Tiada masalah. Jangan terkejut bila muka bertambah glowing, maklumlah sel-sel semua sihat dan dapat bekerja lebih effisien. 🙂

 

Mudah, hanya 1 sudu teh sehari.

Kata orang, tindakan yang kecil tapi impaknya besar.

 

vivix shaklee

 

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

31 thoughts on “Kenapa Vivix Digelar Vitamin World Class No 1?

Leave a Comment

CommentLuv badge