Kenapa pesakit kencing manis kena jaga kaki dari luka?

Kencing manis antara sakit orang kaya, mana taknya bila dah kena sakit ni makan minum tak boleh sebarangan. Kena hati-hati pilih. Sebab makanan yang diambil liat nak tukarkan pada tenaga.

Boleh tengok sendiri orang yang ada kencing manis akan cepat berasa letih, mengantuk dan bila lapar boleh sampai menggigil. Siap sedia sekurang-kurangnya ada gula-gula atau coklet di poket.

Tetapi timbul persoalan, kenapa dalam banyak-banyak organ tubuh badan pesakit kencing manis perlu ambil extra caution pada kaki?

Kenapa tak, tangan atau bahagian tubuh lain?

KAITAN LUKA KAKI DENGAN KENCING MANIS

kaki-pesakit-kencing-manis

Sebelum seseorang disahkan menghidap kencing manis, gula dalam badan dia memang sedia tinggi, ditambah dengan insulin yang tak boleh digunakan & kolesterol. Darah mereka akan jadi lebih pekat.

  1. Kaki adalah organ paling jauh daripada jantung, jadi pengaliran darah balik ke jantung adalah lebih lambat.
    2. Gula yang tinggi menyebabkan darah lebih pekat, meningkatkan plak dan merosakkan salur darah. Aliran darah boleh jadi lambat atau tersekat terus.
    3. Gula yang tinggi juga merosakkan saraf secara langsung.

 

Komplikasi kencing manis bukan berlaku sehari dua, tapi makan masa bertahun-tahun. Jadi sikit-sikit, saraf kaki akan rosak sampailah simptom dirasai.

 

Simptom tu bukan saja kebas, tapi ada yang rasa kejang kaki, sakit dan cepat lemah terutamanya bila buat aktiviti.

 

Tapi lama-lama, deria rasa akan hilang sebab tu bila luka ke, tak ada rasa. Ada jangkitan ke, bernanah ke, tak rasa apa. Sebab tu kena cek kaki selalu.

 

Pesakit kencing manis mesti ada 1 cermin muka untuk mudahkan cek kaki sendiri & belajar potong kuku jari kaki dengan cara yang betul, terutamanya kuku ibu jari untuk elakkan cekam kuku yang boleh terdedah kepada jangkitan.

cara-potong-kuku-sakit-kencing-manis

Caranya ialah potong kuku dengan lurus dari hujung ke hujung. Yang hujung tu tak payah ikut lengkung jari. Kawal gula dengan baik dan kurangkan komplikasi kencing manis.

Nasihat di atas akak ambil dan rumuskan dari perkongsian Dr Fyda Noh di facebook miliknya.

Harapnya dapatlah membantu ramai pesakit kencing manis di luar sana.

Oh ya! sebelum terlupa ayah akak sebelum ni pun ada kencing manis. Alhamdulillah belum lagi sampai cucuk insulin tapi mata mulai kabur padahal ayah memang pakai kaca mata. Hinggakan 2x buat spek tapi masih sama.

Kebetulan ada farmasi berdekatan, terus cek bacaan gula. YaAllah tak sangka bacaan 27! cepat-cepat akak minta ayah minum vivix. Sebelum ni dengar je ayah dan ibu kawan-kawan lain minum vivix bacaan gula turun mendadak, gembira sangat. Tu yang nak minta ayah cuba.

Subhanallah ikhtiar berjaya, 2 minggu lepas tu call ayah semula, bacaan turun hingga 9! Yang terbaru ni belum cek berapa tapi tengok keadaan ayah makin cergas, penglihatan dan terang semula. 🙂

Bagaimana vivix membantu pesakit kencing manis tanpa perlu cucuk insulin?

InsyaAllah akak akan kongsikan pada next entri.

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

6 thoughts on “Kenapa pesakit kencing manis kena jaga kaki dari luka?

  1. Masalah kaki bernanah atau berulat adalah amat biasa terjadi di kalangan pesakit kencing manis di negara kita. Keadaan ini bertambah kronik lagi dengan kecenderungan masyarakat kita yang lebih suka mencuba rawatan tradisional dan herbal. Ramai yang menjadikan rawatan hospital sebagai ‘last resort’ atau pilihan terakhir mereka.

    Anggapan mereka, sekiranya ke hospital, kaki mereka pasti dipotong. Apa yang mereka tidak sedar adalah kelewatan mereka ke hospital itulah yang mengakibatkan doktor tiada pilihan lain. .
    Dedaun Comel recently posted…Senarai 53 Blog Menarik Untuk Blogwalking dan DilawatiMy Profile

    • Majoriti sakit kencing manis memang akan melibatkan kerosakan saraf terutama di bahagian kaki. Jadi puan kena lebih berhati-hati. Boleh ambil vivix sebagai ikhtiar untuk mencegah sambil mengawal bacaan gula dalam darah. Boleh whatsApp saya 018-3176090 untuk info lanjut.

Leave a Comment

CommentLuv badge