Khasiat biji anggur bukan sahaja menjadi igauan wanita jelita

Hai cepatnya lah nak masuk hari baru. Teruja sampai terlupa tengok jam! InsyaAllah dalam beberapa minit lagi akak jadi makcik! hehe. Semua doakan adik akak ye yang sedang berjuang melahirkan anak pertama. Tambah teruja lagi adik akak adalah salah seorang yang berjaya ikhtiar hamil dengan Set Kesuburan Suami Isteri. Setelah nak dekat 2 tahun menanti cahaya mata, 9 bulan lepas dia disahkan hamil. Periodnya tak teratur, dalam setahun ada dalam 2 kali je datang haid.

Sepanjang kehamilan, adik sambung konsisten Set Kehamilan pula. Alhamdulillah.. berat cantik, hb tinggi dan tiada kencing manis. Set Berpantang pula dia hanya add on Zinc Complex bagi membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan sambung Set Kehamilan sahaja, jimat kan?

Ok sekian kisah adik, hihi. Maklumlah dia je adik perempuan akak, wajiblah teruja. ūüôā Janji tetap janji, semalam akak ada bagitahu Disember ini ada 2 vitamin promosi kan.. Vitamin C dan Vitamin E. Tekan link ini¬†¬†Vitamin C Shaklee, pasti ada kelainannya!¬†untuk ke entri semalam. Bagaimana pula dengan Vitamin E?¬†Jadi malam ni akak nak cerita tentang Vitamin E pula ya. ūüėČ

Sebelum itu, ketahui Kebaikan Biji Anggur

khasiat biji anggur

  • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia.
  • Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu
    sistem tubuh manusia.
  • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol.
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.
  • Pemangkin kepada tubuh serta daya tahan
    terhadap serangan penyakit.
  • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous.
  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
  • Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu.
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung
    kepada alahan
  • Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan
    dinding kapilari darah.

vitamin e shaklee

Vitamin E Shaklee diasaskan dari Ekstrak Biji Anggur. Selalu bila kita makan anggur, pasti kita buang bijinya..betul? Sebenarnya khasiat dari biji anggur sangat tinggi, rugi je beli anggur mahal-mahal kan tapi.. akak tak pula sanggup gigit biji anggur mentah gitu. Sejak ketahui khasiat lumayan biji anggur, banyak syarikat mula menghasilkan produk berasaskan biji anggur termasuklah Shaklee. Bermula September 2012 Shaklee telah mengumumkan New Formula Vitamin E & Selenium with Grape Seed Extract.

vitamin e with grape seed extract

Vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Setiap kapsul gel lembut mempunyai:

  • 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
  • Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Ha.. bukan sahaja Vitamin E Shaklee mengandungi khasiat biji anggur, malah ia juga ditambah nilai lagi dengan adanya selenium. Selenium inilah antara ciri utama yang membezakan Vitamin E Shaklee dengan produk yang lain.

Apa istimewanya Selenium?

Di dalam tubuh kita, selenium adalah komponen dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita. Tugasnya ialah menjaga sel dari dirosakkan oleh oksigen tak lengkap (radikal bebas) yang boleh menjadi punca kanser.

Selenium bekerja bersama-sama dengan Vitamin E yang terletak di dalam selaput sel untuk mempertahankan sel dan tisu badan kita daripada dimusnahkan. Ia boleh didapati semulajadi dari makanan laut, organ lembu dan bijirin. Namun masalah tanah pertanian yang kurang nutrisi menyebabkan kandungan selenium sangat sedikit terutama di dalam sayuran.

Mengikut kajian, penduduk di kawasan yang mempunyai tinggi selenium di dalam minuman mereka, menjalani hidup lebih sihat dengan bacaan cancer rate yang rendah. Walaupun begitu, selenium tidak boleh diambil lebih dari 100mcg kerana jika berlebihan ia akan menjadi toksin di dalam tubuh.

Kesimpulannya, bukan hanya para gadis atau wanita jelita sahaja yang menggemari khasiat dari biji anggur. Semua peringkat lelaki atau perempuan sesuai mengamalkannya. Gabungan hangat Vitamin E dan Vitamin C jadilah set kecantikan hangat, manakala vitamin E digabungkan dengan alfalfa menjadi Vitamin Cinta pula! ūüėČ

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh direct hubungi talian aktif akak 011-2208 0393 atau email ke alyaaaidee@gmail.com. 

Lihat Promosi Vitamin E di sini (berakhir pada 31 Disember 2014)

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

12 thoughts on “Khasiat biji anggur bukan sahaja menjadi igauan wanita jelita

Leave a Comment

CommentLuv badge