Kisah Makcik Penjual Durian

Kisah ini diceritakan dari seorang sahabat.

Suatu hari dia dan keluarga nampak seorang makcik menjual durian di tepi jalan. Dek lama teringin makan durian, mereka berhenti dan makan sahaja di situ.

 

Selonggok RM10. Kecil-kecil je.

Sewaktu mereka makan, ada lah datang seorang pakcik tengok durian tu sambil bertanya

“Saya tengok durian ni campur-campur, ada cantik, ada tak cantik. Boleh tak saya pilih satu-satu?”

 

Dalam hati kawan akak, kalau nak pilih satu-satu baik beli kat jusco. Boleh belek puas-puas.

 

Selepas itu datang lagi seorang makcik datang sambil tanya,

“Musang King ada kak?”

 

Jawab makcik penjual durian tu tadi, takde nak. Semua yang kecil-kecil sahaja.

 

Sudah mereka berdua pergi, makcik tu macam faham apa yang dikatakan di hati kawan akak. Sambil tersenyum dia berkata,

“Biasalah Nak, orang ni banyak ragam. Masa makcik jual Musang King, tanya durian biasa ada tak, bila makcik jual durian ikut kilo, nak beli yang longgok”

 

—-

 

Begitulah realiti kehidupan. Kalau kita nak ikutkan betul cakap orang sekeliling memang susah kita nak move on. Kadangkala kita perlu ambil berat dan kadangkala kita terpaksa juga dengarkan seperti angin lalu.

 

Lebih-lebih lagi dalam perniagaan, soalan-soalan itulah yang membuatkan perniagaa kita lebih manis sebenarnya.

 

Kalau kita pandang ia positif, maka hasilnya juga positif 😉

 

Just Do It! Tapi, Kenapa?
 

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

7 thoughts on “Kisah Makcik Penjual Durian

Leave a Comment

CommentLuv badge