Kolesterol tinggi: Punca serangan strok dan jantung

Pagi sarapan dengan nasi lemak, tengahari pula nasi berlauk ayam goreng, malam pula balik lewat jadi makan selepas maghrib beli je fast food ayam KFC. Esok pusing semula rutin yang sama duduk berjam-jam dalam ofis berhawa dingin. Nak naik tangga takut berpeluh nak jumpa klien, nak cepat semestinya lah pilih untuk turun naik dengan lift.

Agak-agak dah berapa banyak kolestrol dah terkumpul dan berapa banyak kalori sudah di bakar ye?

kesan kolestrol tinggi 4

Sadis sekali melihat gaya hidup ramai rakyat Malaysia. Sebab tu kenaikan kadar peratus obesiti di Malaysia makin menjadi-jadi akibat utamanya dari kolesterol tinggi. Pada kesan yang lain, ia juga bakal mengundang serangan jantung dan angin ahmar. Ngeri kan? Mari saya perkenalkan pada anda tentang kolesterol.

Apa itu kolesterol?

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ia sangat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru dan menghasilkan hormon tertentu untuk fungsi tubuh. Ia boleh dihasilkan dari badan secara semulajadi  dan juga boleh didapati dari makanan seharian seperti keju, daging, kuning telur, ayam dan udang.

Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat

HDL vs LDL

Kalau nak tahu, kolesterol pun ada jenisnya; baik dan jahat. Kolestrol Jahat singkatannya adalah LDL (low density lipoproteins), ia lebih cenderung berkumpul dan menempel di dinding arteri. Kesannya ia akan menjadi tebal dan keras yang dipanggi ‘plak kolesterol’. Lama kelamaan ia akan membuatkan saluran darah tersumbat. Bila arteri makin mengecil, oksigen makin lambat sampai ke organ utama dan inilah punca utama yang menyumbang kepada serangan jantung dan angin ahmar.

Manakala Kolestrol Baik pula yang dikenali sebagai HDL (high density lipoprotein) pula berfungsi untuk mencegah pembentukan plak kolestrol dan mengeluarkan kolestrol yang menempel di salur darah tadi dan bawa semula ke hati. Caranya ialah dengan mengamalkan pemakanan sihat sambil membuat senaman.

plak kolesterol penyebab serangan jantung

Ubah Gaya Pemakanan Seimbang

Bagi orang normal seperti kita, jumlah kolesterol yang badan perlukan adalah tidak lebih dari 300mg kolesterol sehari. Manakala bagi pesakit jantung, jumlah kolesterol yang menepati keperluan badan ialah kurang dari 200mg sahaja. Sebaliknya bila dikira-kira, jumlah kolesterol yang masuk ke badan kita hari-hari adalah lebih dari 900mg. Wow berganda-ganda kan?

Kevin Zahri di dalam artikelnya bertajuk Kesan Kolesterol pada badan ada mencadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan.

Bantuan pengambilan vitamin bagi mengurangkan bacaan kolesterol tinggi

Berita gembira buat rakyat Malaysia, Shaklee ada mengeluarkan produk terbaharunya Phytocol-st yang dilancarkan pada bulan Jun lepas di Sunway yang diambil nama dari fitosterol; ia merupakan jenis lemak yang berasal dari sumber makanan atau tumbuhan yang mempunyai struktur dan fungsi yang mirip kolesterol dalam tubuh manusia.

Bagiamanakah Fitosterol Bertindak?

Fitosterol mampu bersaingan dengan kolesterol dalam penyerapan usus. Fungsi Fitosterol adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada usus menyerap kolestrol.

Ini kerana, jika kedua-dua fitosterol dan kolestrol berada dalam usus, kencederungan darah untuk menyerap fitosterol adalah sangat tinggi. Ini menjadikan kolestrol tidak di serap sempurna oleh tubuh dan buang melalui sistem pencernaan.

bagaimana fitosterol bertindak

Institut Kesihatan Kebangsaan mengesyorkan pengambilan 2000 mg fitosterol kedalam hidangan setiap hari dapat membantu merendahkan paras kolesterol dalam badan. Bertepatan dengan gred farmaseutikal, Phytocol-st juga membekalkan 2,000mg dalam setiap hidangan.

phytocol-st

Jangan disangka, badan kecil molek kolesterol rendah. Jika rasa cepat letih, badan sering kebas pun adalah simptom awal bagi masalah kolesterol tinggi. Sebaiknya buatlah ujian untuk cek bacaan kolesterol dan bertindaklah segera. Sayangi tubuh anda dan jadilah pengguna bijak.

Pengambilan Phytocol-st boleh digabungkan dengan Omega Guard (fish oil semulajadi yang sudah disuling 3x bagi mengekalkan ketulenannya) sebagai agen pembakar lemak tegar sambil meningkatkan hormon Leptin (rasa kenyang lebih lama).

Sebarang pertanyaan dan tempahan,

boleh rujuk direct ke talian akak 018 – 317 6090 (Call/ WhatsApp).

Hanya yang terbaik dari Maha Pencipta, kita hanyalah berusaha dan ikhtiar sedayanya.

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

9 thoughts on “Kolesterol tinggi: Punca serangan strok dan jantung

  1. Saya hanya ambil omegaguard manakalla husband saya mengambil omegaguard dan Phytocol-ST. Hasilnya saya tgk kulit husband kelihatan lebih sihat (rasanya sebab phytocol-st sebab mak sedara pun nampak gebu sikit kulit sejak ambil phytocol-st) , itu belum lagi check kandungan kolesterol lagi, mesti bacaan sihat juga
    mama hantek recently posted…Resepi Ayam: Ayam Masak SeraiMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge