Luahan Hati Smokers: 10 Sebab Best Sangat Merokok

Sebelum akak tulis entri ni akak dah baca dulu pengalaman smokers luar sana. Kenapa la dorang ni suka sangat merokok, padahal bila kita lalu sebelah dorang dengan busuk bau asap sampai kita pula susah nak bernafas.

10 sebab best merokok 1

Reaksi yang biasa akak lakukan, tutup hidung sambil menepis asap yang berlegar atas kepala. Rasa sangat tak sihat bila kita hidu bau asap. Tambah kini ada anak kecil, lagilah berkali ganda kerisauan di hati. Hari ni sebenarnya tergerak nak kongsi entri Seorang Ayah yang Berjaya berhenti merokok tanpa paksa dalam masa 2 bulan, tapi ke lain pula jadi bila terbaca luahan hati smokers kenapa best sangat merokok ni.

jantung perokok

Mereka kata jangan salahkan mereka sebab mereka ada sebab kenapa mereka merokok. Kat sini akak share 10 sebab ya, sebab lain korang boleh tambah sendiri sebab apabila korang bertanya mereka sendiri pasti ada 1001 sebab mereka beri.

10 Sebab Kenapa Best SANGAT Merokok?

Kesepuluh sebab ni akak copy paste dari Blog Garaa dan Blog Jejaka Terhangat. Jom selami hati mereka!

  1. Nikmat:-

    Hisap rokok ni memang tak boleh lari dari nikmat. Korang tanya lah mana-mana perokok tegar kenapa diorang hisap rokok. Jawapan yang pasti diorang bagi kat korang ialah nikmat. Seriously, gua pun akui jugak memang nikmat bila hisap rokok ni, lagi-lagi selepas makan. Dia punya heaven tak payah citer. Dia punya nikmat macam korang dapat makan nasi setelah sebulan makan megi.

  2. Senang nak berak:-

    Dengar memang jijik. Tapi itu lah hakikatnya. Gua tak bohong beb. Kalau korang hisap rokok memang senang nak berak. Tak sampai bape minit korang duduk kat jamban, pastu bila korang hisap rokok berkilo-kilo taik korang keluar. Tak percaya cuba korang buat kalau nak tau. Gua memang selalu buat. Haha!

  3. Release tension:-

    Ramai orang ada cara tersendiri nak release tension macam dengar lagu, main game, jogging dan macam-macam lagi. Bagi perokok tegar, dengan merokok diorang dapat release tension. Jiwa tenang je bila dapat hisap rokok. Ia juga boleh digunakan sebagai terapi minda jika kita stress dan tension.

  4. Menghilangkan rasa bosan:-

    Ramai orang bila bosan je mesti tak tau nak buat apa. Tapi tidak bagi perokok-perokok tegar. Kalau diorang rasa bosan, pasti diorang akan hisap rokok. Tak perlu lagi untuk keluar rumah pergi berjalan-jalan untuk menghilangkan rasa bosan, hanya memadai dengan hisap rokok untuk menghilangkan rasa bosan.

  5. Cepat mati:-

    Yang ni memang ramai yang suka. Ya! cepat mati!. Dengan menghisap rokok, korang akan cepat mati. Bila dah cepat mati, tak perlu korang buat dosa kat muka bumi ni. Kalau hidup kat dunia asyik buat dosa je tak guna jugak betul? Haha!

  1. Kenyang tanpa perlu mengunyah.

    Best kan dengan sedut asap je dah boleh kenyang. Tak payah susah2 nak mengunyah, buang masa..

  2. Nampak macam orang kaya.

    Harga rokok semakin lama semakin mahal. Orang kaya je yang mampu beli rokok. Kalo tak merokok kena cop sebagai miskin. Biar la papa, asalkan bergaya..

  3. Dah banyak sangat pahala.

    Dah puas hidup. Pahala pun dah banyak sangat. Hidup lama-lama pun nak buat apa kan? Kalau mati sekarang pun lagi bagus..

  4. Kaler paru-paru special berbanding orang lain.

    Paru-paru berwarna hitam berkerak. Bila-bila masa je boleh reput. Korang ada ke?

  5. Tak diganggu nyamuk.

    Nyamuk, lalat semua pun lari, tak nak dekat. Lebih best kalau awek sendiri pon lari sebab dah tak tahan bau asap rokok..

—–

senang berenti merokok

Maaf sangat.. dari personal opinion.. kesemua sebab ni langsung tak releven bagi akak. Kalau mereka fikir orang tersayang, duit yang mereka dah laburkan, kesihatan jantung dan peparu yang makin rosak, kesemua sebab ini dengan mudahnya mereka boleh tolak tepi. Percayalah. Fatwa juga sudah keluarkan hukum haram merokok, ini pun dah cukup kuat untuk anda berhenti merokok. You can if you think you can!

haram merokok

Apa? Nak tahu kisah ayah yang Berjaya Berhenti Merokok tu? Ok next entry! 🙂 Rupanya sangat mudah nak berhenti merokok. Mereka akan berhenti sendiri jika…

Nak lebih cepat tahu kisahnya boleh whatsApp akak 018-317 6090 atau direct email alyaaaidee@gmail.com. Selamat Berhujung Minggu!

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

6 thoughts on “Luahan Hati Smokers: 10 Sebab Best Sangat Merokok

Leave a Comment

CommentLuv badge