Penapis Air untuk Keluarga Bajet

Panas betul cuaca sekarang. Rasa macam takde awan, cahaya direct terus terpancar pada muka. Bila cuaca panas ni orang akan minum lebih banyak dari biasa.. bagi mengekalkan bendalir dalam badan.

Tapi kadang kualiti air di kawasan kita pula kotor. Anak minum pun jadi batuk-batuk. Alahai siannya. Lebih mengeruhkan keadaan lagi wabak yang boleh berjangkit cepat je merebak melalui air.

air kotor di puchong

bekalan air paip di puchong. sumber: kawan akak

Penyelesaiannya tentulah cari penapis air. Berlambak jenis penapis air pelbagai jenama. Dulunya akak pun seperti korang, bajet sungguh. Yelah baru masuk rumah baru, belas ribu juga habis masuk perabut, pasang kipas, barangan elektrik dan sebagainya.

Jadi, kami terpaksalah cari mesin air minum tepi kedai tu isi guna duit syiling. Seliter 20sen. Seminggu ada lah dalam 3x refill 3 tong air 5 liter. Memang kerja suami akaklah isi, usung, bawa naik kereta. Nak ikut kudrat perempuan boleh patah pinggang jugaklah, hihi.

Tapi bila dikira-kira semula termasuk kos pengangkutan nak kesana, kos tenaga yang dikerah. Penapis air ni jauhhh lebih jimat.

Awalnya, niat di hati nak juga amik penapis air lain tapi tengok semua ribu-ribu, bayar installment terikat 3-4 tahun. Adudui takkan nak minum pun kena berhutang. Cukuplah bayar hutang rumah dan kereta setiap bulan.

Penapis Air untuk Keluarga Bajet

penapis air bajet

Cari punya cari inilah yang kami jumpa. Tadaa! Get Clean Water Pitcher. Pada mulanya agak ragu-ragu juga, rupanya lebih besar dari jug. Tapi kelebihannya.. masyaAllah berjela (boleh scroll bawah). ayat over kan, haha. Sebab excited ok. Akak sendiri dah rembat sendiri.

Anak akak baru umur setahun 8 bulan pun yang jarang minum air tu, dah pandai pepagi sebut ‘airr airr airrr’. menambahkan lagi keterujaan kan? 😉

Jom baca sikit tentang Get Clean Water Pitcher ni (sumber dari website official)

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

poster water pitcher ada watermark

  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertamaPilihan Bijak!
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

    Keistimewaan Shaklee
  1. Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  2. Pilihan Bijak: Menjimatkan KosRakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
  3. Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa.Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  4. Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Sekarang boleh senang hati, dah tak tercari-cari dah penapis air lain. hehe. Next project, kabinet! 🙂 Semoga Allah permudahkan urusan.

testimoni penapis air shaklee

Harga mampu milik, bukan 999, bukan 699, bukan juga 499! Tentunya LEBIH JIMAT & MESRA ALAM. Call/ WhatsApp 018 317 6090 untuk tempahan

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

7 thoughts on “Penapis Air untuk Keluarga Bajet

Leave a Comment

CommentLuv badge