Perkara yang Perlu Dititik Berat Bila Beraya dengan Baby

Seronoknya ada baby! 🙂 Manakan tak seronok, melihat mereka tidur nyenyak sahaja pun buat ibu ayah bahgia apatah lagi menyambut syawal bersama baby, bawa jumpa kenal saudara dan rakan.

 

2 tahun lepas beraya dengan Alfateh, waktu tu lagi 5 hari nak habis pantang. Dek tak tahan duduk rumah sewaktu orang seronok ziarah rumah ke rumah, av keluar juga. Penjagaan masih sama, pakai stokin tebal, balik sebelum malam (sebab budak tak tahan angin malam), bengkung pun terikat kemas.

 

Bila masih dalam bayi takdelah semangat sangat nak cari baju melayu bagai. Tahun lepas genap umurnya setahun lebih, raya datang lagi. Haa kali ini barulah belikan baju melayu. Itupun tang tangan dan kaki kena alter sikit. Tapi mungkin silap av, tak carikan jenis kain cotton, jadinya pakai sekejap sahaja bermain dah mula mandi peluh. Dek kesian, tukarkan baju tshirt lebih mudah.

tips beraya dengan baby

Tips Beraya Bersama Baby

 

  1. Tentukan Masa Perjalanan – bagi yang duduk berjauhan dengan kampung, biasa balik 5 jam boleh jadi 9 jam di dalam kereta. Faham sahajalah musim perayaan penuh kereta di highway belum termasuk kemalangan. Nauzubillah. Since lama dalam kereta av lebih suka berjalan malam, budak pun mudah nak handle, tidur memanjang.
  2. Baju Raya Anak – point ni jangan jadi macam av, sebaiknya pilih kain yang serap peluh supaya anak selesa lebih lama dapat bermain. Jika tidak, anda jugalah yang merana, bila mood mereka spoil, mulalah adegan nangis, meraung dan sebagainya. hehebaju raya baby
  3. Risiko Bayi Disuap – ibu ayah kena sedikit bertegas isu ni. Kadang tak semua orang faham yang anak anda belum boleh beri solid food. Terutama orang dahulu, baru 1-2 bulan dah disuap biskut lembik. Alahai kesian ususnya, belum bersedia. Lebih-lebih lagi anak G6PD, mereka tidak boleh ambil makanan sembarangan, salah makan boleh membawa maut.
  4. Timang Baby Berlebihan – sering bertukar tangan pun boleh mengundang ketidakselesaan pada baby. Av faham, dari sudut saudara yang lama tak bersua, adakala memang geram nak mendukung baby. Tapi yang tak tahannya bila dipas-pas. Baby akan cepat berasa letih. Mungkin agak sukar untuk elak, cuma av banyak doa dalam hati alfateh tenang-tenang sahaja. Alhamdulillah ia menjadi.
  5. Baby Enggan Tidur – Haa ibu ayah bersiaplah bila tak tidur siang, sampai ke malam baby boleh jadi hyperactive. Bila dah hyper, mood kelaut dengan kita sekali kena layan. Confirm dia pun tumpang seronok, tengok orang lain berborak mestilah dia pun nak ikut sama kan. Cumanya bila masa nak shut down jadi hibernate je, hehe. Ibu ayah kenalah cari ruang masa sedikit at least sejam dua ke di waktu tengahari tidurkan di dalam bilik ke. Hindari dari bunyi bising, asalkan tidur sekejap pun jadi. Kalau dapat mandikan dulu lagi bagus biar dia rasa segar dan tidur pun lebih lama.
  6. Jangan lupa nursing cover – Untuk ibu yang free hair atau tudung pendek selitkan sekali dalam beg nursing cover tu. Pernah av nampak main selak, aduh av pula jadi segan.
  7. Kelengkapan Bayi – Akhir sekali cek barangan baby dalam beg diapers, kalau baby bawah setahun bawa baju 3 helai extra pun ok. Kes muntah, tembus ni semua luar jangkaan. Pampers biasanya av prepare 6 keping siap spray bottle. Yelah kat rumah orang kadang sukar nak angkut anak ke bilik air dan sebagainya. Jadi nak tukarkan dalam kereta pun takde masalah.

 

Mungkin 7 point ni je kot yang av kongsikan setakat dari pembacaan dan pengalaman av sendiri. Anak 3-4 biasa dah pro, ni av kongsikan untuk ibu-ibu baru 😉 Jika ada tambahan tips bolehlah usulkan di ruangan komen.

 

Terima kasih sudi singgah blog av.

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

3 thoughts on “Perkara yang Perlu Dititik Berat Bila Beraya dengan Baby

  1. Kalau ade anak kecik ni kadang terbatas skit pergerakan..kalau bole elak la lama sgt berjalan…sbb takut bby letih dan sakit badan…nant meragam pulak bby…

Leave a Comment

CommentLuv badge