Rahim Terbalik atau Senget: adakah sukar hamil?

Jika soalan ini yang ditanyakan pada akak, susah akak nak jawab sebab ini kerja Allah. Dialah yang memberi rezki, kita sebagai manusia hanya boleh berusaha dan ikhtiar. Macamana nak tahu kedudukan rahim?

Selalunya pasangan yang baru berkahwin dan selepas setahun masih belum dikurnia zuriat, kedua-dua suami isteri disarankan berjumpa cek pada pakar. Kemudian doktor akan scan untuk mengetahui kedudukan atau masalah lain.

kedudukan rahim tidak normal 2

http://alignmentmonkey.nurturance.net/2012/retroverted-uterus

Kedudukan rahim seperti ni ada yang berpunca dari pergerakan terlalu lasak atau ada juga dikurnia dari Allah sejak lahir. Rujuk gambar di atas, ada 4 jenis kedudukan rahim yang tidak normal. Pertama, rahim yang terkelepet ke hadapan dan menekan pundi kencing. Kedua, rahim yang menginjak sedikit kebelekang dan menekan rektum. Ketiga, permukaan hadapan rahim memuncung ke arah rektum dan terakhir, rahim terkelepet ke belakang sambil menekan rektum.

rahim terbalik 2

http://www.consultant-gynaecologist.co.uk/wp-content/uploads/Retroverted-Uterus.jpg

Cuba pula rujuk gambar kedua, ini pula gambaran kedudukan rahim terbalik. Kedudukan yang menegak ke atas itu membuatkan air mani meleleh keluar semula dari serviks, jadi sperm dan ovum gagal bertemu apatah lagi melekat di dinding rahim. Seorang dari kawan akak ada hadapi masalah ini, alhamdulillah kini beliau sudah mempunyai 3 orang anak.

Seorang la kawan akak tahu dia mempunyai rahim terbalik selepas 6-7 berkahwin. Kebetulan dia dan suami bercuti di hotel dan saja-saja panggil makcik di spa massage tu datang ke bilik. Selepas selesai urut, dia merasakan di bahagian perutnya sakit sangat. Tapi dia hanya diam kan diri sahaja. Balik dari bercuti dia dan suami cek di klinik dan doktor mendapati yang dia mengalami rahim terbalik. Alhamdulillah kini beliau sudah menimang 2 cahaya mata.

Tanda-tanda anda alami rahim terbalik:

1) Sakit bila bersama suami

Sewaktu bersama, anda akan berasa sakit kerana zakar mungkin terkena pada pintu rahim (serviks) atau dinding rahim (uterus) disebabkan kedudukannya yang terbalik. Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai ‘collision dyspareunia’.

Untuk mengelakkan rasa sakit, anda boleh ubah posisi yang lebih selesa. Ini membolehkan uterus berubah posisi dan mengurangkan rasa sakit. Ia dinamakan ‘doogle style’ (boleh search di google ye untuk lihat gambarannya).

2) Period Pain

Semasa datang haid, anda akan merasa sakit di bahagian perut atau sekitar pinggang. Nama saintifiknya adalah ‘dysmenorrhea’.

3) Sakit Pinggang yang Kronik

Jika anda mengalami sakit pinggang yang teruk tanpa sebab-sebab lain, boleh jadi ia adalah berpunca dari kedudukan uterus yang terbalik.

Apa yang anda perlu lakukan?

Jika keadaan ini berlaku, anda boleh lakukan pemeriksaan pelviks atau scan di klinik. Ia adalah bertujuan untuk memastikan kedudukan sebenar rahim. Doktor akan confirmkan betulkah anda mengalami masalah ini. Jika ya, anda perlu terus ke langkah dua iaitu dengan membekalkan nutrisi kepada sperm (untuk suami) dan ovum (untuk isteri).

Dua-dua kena ambil port, kesalahan yang biasa pasangan lakukan ialah isteri je yang semangat ikhtiar sana sini.. suaminya tak ambil peduli. Jangan tak tahu, emosi pun memainkan peranan penting dalam hal kesuburan.

Vitamin untuk Kesuburan Suami Isteri

set kesuburan suami isteri shaklee

Kebaikan Vitamin E untuk suami:

  • Lebih bertenaga (seksual)
  • Tahan lebih lama
  • Lebih mudah teransang
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kuat dan bersemangat
  • Dikenali sebagai pengganti viagra dan ‘vitamin cinta’
  • Mengelakkan mati pucuk

Kebaikan Zink untuk suami:

  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Menguatkan sperma
  • Menjaga kesihatan testikal

Kebaikan GLA Kompleks untuk isteri:

  • Membantu mengeluarkan cecair serviks dimana sangat membantu mempercepatkan  pergerakkan sperma sampai ke ovum
  • Membantu menstabilkan hormon terutama pesakit PCOS
  • Mencantikkan kulit
  • Menurunkan berat badan

Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu hamil?

GLA Complex Shaklee membantu dalam penghasilan cecair servik (cecair kesuburan) yang membantu sperma berenang terus ke uterus terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu sahaja, cecair ini membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada lagi disitu sehingga hari yang ke-5.

Kebaikan B-Complex untuk isteri:

  • Membantu mengurangkan stress dimana untuk hamil stress perlu dijauhi
  • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk perkembangan bayi

Selain bantuan nutrisi dari vitamin, pasangan suami isteri juga boleh lakukan rawatan ini seperti pembedahan up-lift atau ventro-suspension. keadah ini adalah satu pembedahan yang melibatkan pemendekan atau pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya kembali kedudukan yang betul. cuna hirisan kecil dilakukan dan pembedahan dilakukan dengan memasukkan teropong laparoskopi. Ia merupakan surgery ringkas sehari saja tanpa perlu bermalam di hospital. Ada juga keadah lain seperti berikut:

  1. ubat tahan sakit– memberi kelegaan sementara dan dapatkan nasihat doktor jika ingin menggunakannya
  1. menukar posisi hubungan kelamin seperti yang dicadangkan di atas. Disarankan juga, setelah kedua-duanya inzal, isteri boleh letakkan bantal di bawah punggung selama beberapa minit bagi membantu sperm berenang ke arah ovum dengan lebih mudah.
  1. Pessary – alat seperti cincin di letakan dlm faraj bertujuan menyokong kedudukan rahim yang betul. Penggunaannya perlu doktor bertauliah kerana ia perlu kerap di bersihkan dan dipasang jika tidak dilakukan oleh doktor bertauliah boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia juga dikatakan akan menggangu nikmat seks.
  1. Hysterectomy – jika sakit amat teruk, baru doktor akan cadangkan ini. iaitu satu jenis pembedahan membuang rahim, ialah jalan menyelesaian terakhir. Tetapi anda masih boleh mengandung jika doktor tidak membuang organ peranakan.

Rahim Terbalik atau Senget: adakah sukar hamil? Tidak juga sebab ia bukanlah menjadi faktor utama. Jangan berhenti ikhtiar ya 😉 Sebarang pertanyaan dan consultation, boleh whatsApp akak 018 – 317 6090 atau email ke alyaaaidee@gmail.com

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

11 thoughts on “Rahim Terbalik atau Senget: adakah sukar hamil?

  1. Terima kasih atas perkongsian info ini.br saya tahu ttg masalah rahim senget pun boleh berlaku juga.selalu sy dengar masalah rahim jatuh jer.

  2. Bolehkah seorang bidan menterbalikkan rahim slepas kita bersalin anak pertama,sejak kejadian tu sampai skrang saya tidak mnpunyai anak

Leave a Comment

CommentLuv badge