Roti Maryam Resepi dari Timur Tengah

Untung dapat mak mertua rajin masak ni, bermacam resepi dicuba dan masakkan. Akak jadi tukang test, tolak kayu batu je semua jalan. Bab makan akak memang tak cerewet, alhamdulillah senang campak mana orang kata boleh hidup. Bab vitamin je memilih sedikit, hehe. Kata nak sihat takkan main ambil je mana-mana suplemen, kandungannya kena cek dahulu adakah mengikut garis panduan farmaseutikal.

Balik kampung kali ini special.. masuk dapur je nampak tepung yang sudah diuli elok terbentuk bulat-bulat. Selalunya sarapan nasi goreng, bihun goreng kalau sedikit western roti gulung hotdog celup telur. Maklumlah di kampung kan orang kata syurga makanan. Itupun untuk orang macam akak lah, suka lauk kampung 🙂

Roti Maryam Resepi dari Timur Tengah

roti maryam

.. masuk je dapur terus tanya ‘apa ni mak bulat-bulat ni, mak nak masak apa?’ ‘mak nak buat roti maryam.. pernah rasa’ cepat akak geleng. Terus akak melekat tengok cara buat. Bila di google lagi, rupanya roti maryam ni berasal dari Timur Tengah. Dalam hati teruja sangat sebab pertama kali dengar. Rupanya excited sorang! Suami dah merasa sejak kecil lagi.. haha.

Bahan-bahannya:

doh roti maryam

pinjam gambar dari blog fidayumohdshobri. takdan snap sebab roti dah ready untuk digoreng 🙂 hehe

 

  1. Tepung Gandum
  2. Air
  3. Garam
  4. Marjerin (sebab marjerin je ada di rumah, lagi sedap letak minyak sapi)
  5. Susu Pekat

Cara-caranya:

goreng roti maryam

  1. Gaulkan kelima-lima bahan di atas sehingga menjadi doh yang lembut. Masukkan sedikit demi sedikit supaya senang nak anggar. Jika nak buat banyak, lipatkali gandakan kesemua bahannya juga ya.
  2. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat. Selalunya mak buat bulat besar supaya roti maryam menjadi sebesar pinggan makan.
  3. Panaskan minyak.
  4. Sambil tu lenyekkan doh tadi sehingga leper dan nipis dengan menggunakan jari.
  5. Goreng dan angkat bila warna roti keemasan. Sedia untuk dihidang! 🙂

**Untuk lauk cecah, boleh pelbagaikan sendiri. Boleh buat, kuah kari, sambal ikan bilis atau boleh try ayam masak kicap versi akak vitamin ni. Terpulang pada citarasa anda 😉 Selamat Mencuba!

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

11 thoughts on “Roti Maryam Resepi dari Timur Tengah

Leave a Comment

CommentLuv badge