Sambal Ikan Bilis Kacang Kering Penambah Selera Berbuka

Tak kisah berpuasa ke tak, sambal ikan bilis kacang kering memang menjadi kegemaran ramai dibuat penambah selera. Makan dengan nasi putih panas-panas, tak pun balut dengan roti je pun dah selera! 🙂

 

Ceritanya geng telegram AV semalam rancak berborak menu sahur dan berpuasa. Ada seorang ibu ini semangat menyediakan hidangan sehari awal yang terfikir anak masih kecil, takut kesian lapar di tengahari sementara ibu ayah sedang berpuasa.

 

Salah satu menu disediakan extra adalah sambal ikan bilis kacang kering ni lah. Kalau pandai buat memang boleh tahan lama. Sambil terjah blog kawan tadi, ada jugak AV jenguk blog lain untuk dapatkan tips-tips.

 

sambal ikan bilis kacang kering

 

Mereka ada kongsi Tips Ikan Bilis Kekal Rangup Lama: Basuh, tos dan biarkan ikan bilis betul-betul kering baru goreng garing.

 

Lebih elok ikan bilis tu jemur di bawah matahari sehingga betul-betul kering tapi AV rasa agak tak menyempat pula nak cari matahari apatah lagi kalau duduk di kawasan bandar. Ada yang cadangkan keringkan dalam microwave je pantas. hehe. Tapi kalau takde microwave letak dalam peti ais je lah balik, esok baru masak, aci dak? 😉

 

AV baru nak cuba hari ini, resepi yang AV kongsi ni combination je dari semua blog yang baca tadi.

 

Bahan-bahan:

  1. Ikan Bilis
  2. Kacang
  3. Cili Giling atau Cili Blender (Cili Kering, Bawang Merah, Gula dan ada juga yang blend sekali dengan tomato)
  4. Tempe atau Kentang (Boleh je kalau nak letak cuma sambal tak tahan lama)
  5. Asam Keping atau Asam Jawa (kalau tak suka masam takyah letak pun takpe)

 

Cara-caranya:

Senang je sebenarnya cuma part nak buat goreng garing tu yang perlukan kesabaran tinggi. Jangan terkejut ada tu masak sambal ni je lebih 2 jam. Hebat.

  1. Goreng Ikan Bilis dan kacang, garing, angkat dan sejukkan. Jangan tutup takut cepat lemau.
  2. Tumis sambal garing, dan letakkan asam. Sebaiknya guna api kecil dan rajin gaul. Takut tak gaul bahagian bawah hangit.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis dan kacang yang dah digoreng tadi. Ratakan dan boleh lah sedia untuk dimakan.

 

Apa lagi, cubalah! hehe. Ahli keluarga ramai boleh lah buat lebih, sikit tak cukup. Nak beli pun mahal tau. Baik buat sendiri.

 

Selamat Menyambut Ramadhan

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

9 thoughts on “Sambal Ikan Bilis Kacang Kering Penambah Selera Berbuka

Leave a Comment

CommentLuv badge