Siapa saya?

Assalamualaikum..

Moga anda semua sentiasa dalam peliharaanNya šŸ™‚

Siapa Akak Vitamin? Akak VitaminĀ hanyalah satu jenama penaĀ online. Nama sebenar akak Nur Alyaa Binti Mohammad Aidee, kawan-kawan lebih kenal sebagai Alyaa Aidee.

Jenama ni mulanya akak terfikir bila sahabat baik akak whatsApp “Salam makcik shaklee, apa khabar?” hehe dari situlah terfikir inginkan jenaman yang orang lebih mudah ingat.

Bermula dari itulah akak menukar usernameĀ Instagram ke akakvitamindotcomĀ malah blog ini pun sudahĀ upgrade dengan domain baharu www.akakvitamin.comĀ dari www.alhamdulillahsihat.blogspot.com.

Akak merupakan ibu yang bekerja 100% dari rumah. Mula berhenti kerja sebulan sebelum melahirkan Alfateh. Sejak dari belajar di Universiti dulu akak dah pasang niat untuk menjaga anak sendiri. Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan dan tentunya akak lebih seronok bila kita sendiri tentukan masa bekerja, boleh melancong bila-bila masa sahaja.

Lebih bangga lagi, walau tidak keluar rumah pun akak mampu menjana berkali ganda dari gaji akak dahulu. Pendek kata, akakĀ kiniĀ adalah seorang blogger, WAHM (working at home mom) serta pengasas group DHUHA yang disertai oleh orang-orang yang positif dan berimpian yang sama.

Sedikit Kisah Akak Vitamin Mula Menceburi Biznes Online

akak vitamin you business mentor

 

Alkisahnya akak sendiri dahulu memang suka berniaga tapi secara offline lah. Bila ibu ayah hadiahkanĀ akak Myvi ke Universiti,Ā ibu pesan gunakan kerete ini biarlah dapat sesuatu.

“Jangan pergi balik kosong. Isilah dengan barang jualan. Untungnya dapat cover duit minyak”

Sejak itu akak mulalah jual sikit-sikit sekadar memenuhi permintaan ibu. Kuih raya, baju kurung cotton, kerepek tempe malah topup pun akak pernah jual.

Alhamdulillah tak sangka, raya tahun tu dapatlah akak duit extra RM800 dari hasil jualan. Seronok bukan main.

Tapi barang begitu ada musimnya. Jarang orang makan kuih raya kalau bukan masa Syawal, baju pun cepat sahaja outdated digantikan dengan fashion terkini.

Jadi habis Ā sahaja belajar, akak berhenti niaga dan tumpu pada kerja. Kahwin dan bila disahkan pregnant barulah akak terfikir why not akak buat Biznes Online. jika mengharap gaji suami boleh je. Cuma bila kita dah biasa pegang duit sendiri tambah dengan kebosanan duduk makan sahaja (taknak otak berkarat), akak cebur diri biznes online.

Kemudian cubalah nasib buat Dropship barang Baby, masa tu pregnant kan.. jadi di mata tu semua barang baby nampak comel! hehe. Tu yang jual tu.

Dalam masa yang sama, masa pregnant akak tak ambil ubat klinik, hanya check up sahaja, ubatnya akak gantikan dengan Suplemen. Masa tu lah akak beli Bcomplex Shaklee, sebotol je. Asal hanya tanya kawan,

“Shaklee ada acid folic tak?”

Dia kata ada sambil tunjuk Poster Bcomplex, tanpa banyak soal terus beli sebab memang dah lama kenal Shaklee (Shaklee ni dah wujud sejak 1956). Kisahnya makcik akak dahulunya ada Leukimia, masa tu dia ambil suplemen Shaklee lah tapi tak ingat dah produk yang mana. Produk sekarang ni banyak yang dah improved formula.

Masa tu jahil tak tahupun Shaklee ada banyak produk best-best. Tak tahu pun ada Set Bersalin, ada Set Pantang, Set Kulit Glowing, Set Gout, Set Kencing Manis, semualah ada. Yang pastinya semua semulajadi, confirm Halal dan dapat lulusan dari KKM.

Bila bersalin dan masa tu berpantang kira banyak masa terluang, rajinlah search tentang sembelit ketika berpantang, luka lambat sembuh, dan sebagainya. Tahu apa akak jumpa? Banyak rupanya produk Shaklee yang boleh bantu. Terus contact kawan akak, bank in RM75 join ahli.

Masa tu blog pun takde, hanya ada facebook je, Instagram pun belum wujud. Ingat lagi ayat pertama akak di Fb

“Alhamdulillah sekarang saya dah join Shaklee, moga ini lah jalanĀ yang terbaik Allah nak tunjuk”

Bermula itulah akak rajin share vitamin yang akak makan dan mula beriklan dengan serious. Alhamdulillah dari 2 angka, naik 3 angka dan merasa 4 angka hanya dari rumah.

InsyaAllah menuju 5 angka dan seterusnya. Doakan akak ye. šŸ˜‰

alfateh dii sabah

My Push Factor

Pada sesiapa yang tercari-cari side incomeĀ atau memang mencari peluang yang lebih besar, mari sertai keluarga besar kami. InsyaAllah tak rugi, kami akan guide satu persatu sehingga boleh buat blog sendiri dan jana income ikut kemahuan anda.

Akak tak menjanjikan bulan dan bintang tapi selagi ada kemahuan dan usaha yang tegar, kejayaan pasti milik anda! šŸ™‚

Sertai team DHUHA dengan

WhatsApp 018 317 6090

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

6 thoughts on “Siapa saya?

Leave a Comment

CommentLuv badge