Tips cegah Gastrik menyerang ketika Ramadhan

Gastrik punca anda ponteng puasa?
Malu sekampung weiii. Dah besar puasa pun perut tak tahan. hehe main-main je. Saya faham perasaan anda, ibu saya pun penghidap gastrik yang teruk suatu ketika dahulu. Gastrik ni sebenarnya mudah sahaja. Makan ikut masa, jangan skip. InsyaAllah hilanglah ia nanti.
Sedikit Tips elak Gastrik di Bulan Mulia
1. Berbuka secara ringan
kurma Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa
Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.
2. Tidak berbuka terlalu berat
 
karbohidrat Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa
Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.


3. Makan makanan yang mengandungi sulfur
Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.
4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.


5. Elak makanan tinggi lemak
Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.
6. Makan secara sederhana
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.
Sebagai salah satu usaha, saya cadangkan Suplemen berikut bagi Cegah Gastrik
ESP (Energizing Soy Protein) : Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting


Testimoni Penghidap Gastrik selama 10 Tahun



Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumat dan konsultasi secara PERCUMA! 😀

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Skudai


Alyaa Aidee | Sms/WhatsApp 016-7785937 |  COD Area: Skudai, UTM, Taman Universiti, Mutiara Rini, Taman Tun Aminah | Postage Seluruh Malaysia Disediakan dengan Kadar Rata!

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

3 thoughts on “Tips cegah Gastrik menyerang ketika Ramadhan

Leave a Comment

CommentLuv badge