Tips Masuk Rumah Baru

Pindah rumah memang excited apatah lagi rumah tu milik kita bukan menyewa. Mesti bersungguh dari awal dah terbayang nak cat warna apa, nak deco guna konsep apa dan sebagainya. Bila semua tu dah selesai, tinggal cuci kaki masuk!

 

Oh bestnya. πŸ™‚

 

Tapi pindah rumah bukanlah semudah yang disangka. Selain duit poket banyak keluar (hehe) masuk rumah baru pun perlukan perancangan awal.

 

Tips Masuk Rumah Baru

Akak bahagikan kepada 2 bahagian ye agar nampak lebih jelas.

Sebelum Masuk Rumah

  1. Cari Lori – Β Atur temu janji awal agar memudahkan pihak syarikat pengangkutan. Saiz lori dan jarak perjalanan sangat penting. Boleh cuba perkhidmatan thelorry.com untuk lebih penjimatan.
  2. tips pindah rumahBuat Label Pada Kotak – Memudahkan proses punggah semula nanti, takdelah kita sendiri terpaksa buka semua kotak hanya untuk mencari sebiji bantal sebagai contoh, ye kan? Dan jangan lupa gunakan sticker fragile pada barang perhiasan yang mudah pecah.
  3. Screenshot Cara Pemasangan Barang Elektrik – Biasa berlaku pada set TV dan Komputer. Satu hal pula jika terlupa!
  4. Maklumkan pada Tuan Rumah – Jadilah penyewa yang bertanggungjawab, sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum pindah dan maklum pada tuan rumah supaya dia sempat mencari penyewa baru.
  5. Bersihkan Rumah Lama – Sebolehnya jangan biarkan rumah sepah begitu sahaja. Masa kita masuk bersih, begitu jugalah masa tinggalkan rumah.

 

Semasa Masuk Rumah Baru

  1. Azan – Bagi yang beragama islam sebaiknya azan di setiap ruang termasuklah bilik-bilik terutama rumah yang lama ditinggalkan atau rumah baru yang belum pernah didiami.
  2. Tegur Sapa dengan Jiran – Ringankan mulut untuk menegur jiran sebelah rumah atau berhadapan dan mulalah berkenalan. Jika ada bajet lebih, bolehlah buat tahlil kecil-kecilan bagi tujuan silaturrahim.
  3. Periksa Bekalan Air dan Elektrik – Cek semua pili air dan elektrik berfungsi dengan baik. Jika rumah sewa, boleh berhubung dengan pemilik rumah atau jika rumah sendiri segeralah berhubung dengan kontraktor.
  4. tips pindah rumah baruSusun Barang – Bagi akak biar penat seharian dari kerja berlarutan. Sebaiknya ketika turunkan barang dari lori terus letak barang-barang yang sudah dilabel mengikut tempatnya. Contoh katil, terus letakkan dalam bilik berbanding longgokan semua di ruang tamu. Kang kita pula pancit nak alihkan katil tu seorang diri.
  5. Periksa Keselamatan – Point ni juga penting, memandangkan kita masih baru disitu aspek keselamatan perlu jadi keutamaan. Pastikan pintu berselak dan lubang bawah pintu ditutup rapi.

 

Akhir kata, tak kiralah rumah sendiri atau rumah sewa baru, akak ucapkan selamat menyesuaikan diri di tempat baru! πŸ™‚

 

Moga tips masuk rumah baru ni dapat bantu anda yang mungkin sekarang tengah sibuk pindah. Yelah tahun baru, mana tahu pangkat pun baru? hehe. Apapun, tahniah!

 

—-

Pffttt

 

Bagi tips punya semangat, ni pun duk sambil buat entri sambil pasang cangkuk langsir.

Alhamdulillah rezki rumah baru kedua. Tak sangka dihujung-hujung tahun dapat juga capai azam 2015 yang satu ni. Syukur πŸ™‚

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

8 thoughts on “Tips Masuk Rumah Baru

Leave a Comment

CommentLuv badge