Tips membawa anak kecil ke Masjid

Salah satu azam besar Ramadhan kali ni, nak bawa anak soleh ke masjid. Biar dari kecil #mesramasjid. Moga hingga ke besar tak berasa kekok untuk memasuki masjid. Rasanya ramai ibu diluar pun inginkan begini kan? Tapi takut kacau jemaah, takut kita tak dapat tunaikan solat, takut macam-macam.
Kebetulan saya terjumpa juga blogger seorang ibu  berhero 3 yang tabah membawa anak sejak dari mereka bayi (tak sampai setahun). Saya puji semangatnya.

Sedikit Tips membawa anak kecil ke Masjid

1- Pilih Masjid Child-Friendly
Alhamdulillah banyak masjid sekarang makin terbuka minda khususnya masjid di bandar-bandar besar seperti Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Negara Kuala Lumpur, dan rata-rata Masjid Negeri di setiap Negeri. Lebih luas, lebih besar dan sejuk dan ada ruang untuk anak bermain di belakang. Pengalaman ibu saya sendiri, bawa kami adik beradik ke surau walau kami tak lepas lagi hisap susu botol.
2- Bawa peneman
Sekarang kes penculikan makin berleluasa. Kita tengok keadaan, jika keadaan mengizinkan, ramai ibu yang membawa anak juga, boleh lah kita berganti-ganti dengan dia. Jika tidak, kita boleh berganti solat dengan suami.
3- Bawa bekal
Syukur kami sekeluarga memang terbiasa usung botol air. Mudah kepada anak, saya dan suami nak minum. Saya amalkan ni sejak sekolah lagi, bekal air masak/ air mineral. Masuk universiti makin melekat saya dengan botol, walau ke mesyuarat kelab, bincang assignment pun saya bawa. Kini dah jadi ibu, ke Shopping Mall pun saya selit di Walker.
Bekal mainan pun perlu juga. Anak yang besar sedikit anggaran umur 3-4 tahun boleh lah bekalkan alat tulis untuk mewarna dan sebagainya. Untuk Alfateh 11 bulan, mainan kereta dan softtoys. Wajib jangan tertinggal Pampers dan Lampin!

Agak-agak kena tukar-tukar barang mainan tak? he he
4- Fokus untuk kenalkan anak dengan Suasana Masjid
Ramadhan hanya setahun sekali, dari kecillah kita perlu latih mereka. Tidak susah, mungkin hari pertama kedua agak kekok. Masuk seminggu berturut insyaAllah lebih mudah. Tak salah berdoa agar Allah mudahkan niat kita.
Harumnya Bau Ramadhan, sama-samalah kita ‘imarahkan! 

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumat dan konsultasi secara PERCUMA! 😀

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Skudai


Alyaa Aidee | Sms/WhatsApp 016-7785937 |  COD Area: Skudai, UTM, Taman Universiti, Mutiara Rini, Taman Tun Aminah | Postage Seluruh Malaysia Disediakan dengan Kadar Rata!

About AkakVitamin

A Happy Working at Home Mom | Shakleeprenuer | Momblographer | Love Foods and Travel | Sayang Peluk Cium Keluarga Tercinta kerana Allah | Contact: WhatsApp 018-3176090

Leave a Comment

CommentLuv badge